More in UTAMA
-
UTAMA
RCI TH DIBENTANG DEMI NEGARA, BUKAN SENJATA POLITIK – PERDANA MENTERI
Perdana Menteri menegaskan pembentangan laporan RCI Tabung Haji yang membabitkan anggaran kerugian RM12.5 bilion dibuat demi...
-
DALAM NEGARA
PERTAHANAN UDARA ARAB SAUDI PINTAS DRON HOUTHI BERHAMPIRAN MAKKAH
ISTANBUL: Pertahanan udara Arab Saudi memintas dan memusnahkan sebuah dron yang dilancarkan oleh kumpulan Houthi di...
-
DUNIA
WHO BAKAL HENTIKAN BEKALAN DIESEL KEPADA LEBIH 20 HOSPITAL DI GAZA
Gangguan bekalan bahan api itu berpunca daripada tindakan Israel menutup pintu sempadan Kerem Shalom sejak Oktober...
-
DALAM NEGARA
JEREBU: 39 KAWASAN REKOD BACAAN IPU TIDAK SIHAT
Sarawak kekal menjadi negeri yang mengalami impak jerebu paling teruk, didorong oleh kebakaran hutan di wilayah...
-
DALAM NEGARA
MAIS SASAR MASJID SELANGOR ADAPTASI TEKNOLOGI DIGITAL DAN AI
MAIS menyasarkan semua masjid di Selangor mengadaptasi AI dan teknologi digital bagi memperkemas pengurusan serta pendigitalan...

ALOR SETAR, 31 Mei – Bekalan barangan keperluan harian di Kedah mencukupi bagi menampung permintaan masyarakat menjelang bulan Ramadan, kata Ketua Pegawai Penguatkuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan(KPDNKK) Kedah, Shahrudin Hamzah.
Beliau berkata pihaknya telah berjumpa dengan syarikat pemborong barangan keperluan harian baru-baru ini dan mereka memberi jaminan barangan utama seperti minyak masak, tepung dan gula mencukupi.
Katanya pihaknya juga akan melakukan pemantauan ke atas pemborong dan peniaga bagi memastikan mereka tidak mengambil kesempatan menaikkan harga yang tidak munasabah menjelang Ramadan dan musim perayaan Aidilfitri.
“Pengguna tidak perlu panik mengenai kekurangan bekalan keperluan harian dengan jaminan harga yang perpatutan. Jika terdapat kenaikan harga yang tidak munasabah mereka boleh laporkan kepada KPDNKK.
“Selain itu kita akan melakukan pemantauan di bazar Ramadan bagi memastikan mereka (peniaga) pamerkan tanda harga yang munasabah,” katanya pada sidang media pada Program Penyeragaman Tanda Harga di Kopitiam Ukir Mall di sini hari ini.
Sementara itu, Shahrudin berkata program penyeragaman tanda harga di setiap gerai makanan diperlukan bagi memastikan pengguna tidak keliru dengan harga yang ditetapkan peniaga.
Beliau berkata sekiranya harga yang dikenakan terhadap pelanggan tidak sama dengan tanda harga yang diletakkan, mereka boleh buat aduan kepada KPDNKK untuk tindakan lanjut.
“Untuk permulaan kita lakukan program ini di Kopitiam dengan menyeragamkan tanda harga di gerai makanan peniaga dan program ini akan dilancarkan ke tempat lain yang menjadi tumpuan orang ramai seperti di kawasan pasar awam,” katanya.
Katanya program berkenaan juga mendapat kerjasama dari syarikat swasta yang menyediakan tanda harga pada gerai makanan secara percuma.
Beliau berkata program penyeragaman itu juga turut membantu meningkatkan imej peniaga tempatan, yang turut menawarkan harga makanan yang berpatutan kepada orang ramai.
BERNAMA