Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

17 MAUT NAHAS JALAN RAYA DI MESIR

DUNIA

17 MAUT NAHAS JALAN RAYA DI MESIR

KAHERAH: Sekurang-kurangnya 17 orang maut dan empat lagi cedera dalam nahas jalan raya apabila sebuah bas mini dan trak bertembung di Wilayah Sohag di selatan Mesir pada Selasa.

“Lima belas ambulans dikerah ke tempat kejadian untuk membawa mangsa yang cedera ke Hospital Awam Sohag.

“Siasatan awal mendapati pemandu bas mini hilang kawalan dan merempuh lori yang datang dari arah bertentangan,” kata gabenor Sohag, Tarek al-Fiqy kepada Xinhua.

Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, Mesir telah meningkatkan perkhidmatan rangkaian lebuh rayanya, membina jalan dan jambatan baharu serta membaiki jalan lama untuk mengurangkan risiko kemalangan. – AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Mohammad Zaim Bin Nor Zamani, Ketua Unit Kandungan Digital TV AlHijrah.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DUNIA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading