Wanita dan kanak-kanak Uighur turut dilanda ketakutan akibat penindasan Beijing – Foto Sinar Online
Bukti menunjukkan hampir sejuta
orang Islam Uighur di wilayah barat China ditempatkan di kem tahanan.
Tetapi, sebahagian besar kerajaan
Barat gagal memberi respons terhadap pelanggaran tersebut yang jelas dilihat
sebagai konspirasi untuk menunjukkan pengaruh ekonomi dan politik Beijing masih
kuat.
Beberapa pengkritik merujuk
kempen terhadap etnik Uighur itu sebagai pembersihan etnik.
Menurut Sinar Online yang memetik
laporan Asia Times, sejak akhir 2017, ratusan ribu minoriti Uighur tersebut
telah dikurung dalam kem indoktrinasi di wilayah autonomi Xinjiang.
Penyeksaan dan penderaan adalah
perkara biasa di kem tahanan, namun Parti Komunis menggunakan kuasa
kejuruteraan social untuk menghapuskan tradisi, identiti dan kepercayaan agama
golongan terbabit.
Walaupun terdapat laporan meluas
tentang penindasan sistematik itu, negara antarabangsa masih mengambil pendekatan
berdiam diri.
Susulan itu, aktivis mula
mempersoalkan tindakan kerajaan asing yang sepatutnya mengenakan sekatan
ekonomi dan memboikot syarikat China sebagai tindak balas punitif.
Hanya kritik, tiada tindakan
diambil.
Bulan lalu, jawatankuasa Parlimen
Kanada melaporkan penahanan etnik Uighur dan kumpulan minoriti Islam lain
adalah pada skala tidak pernah berlaku sebelum ini.
Namun, ia tidak mengeluarkan
sebarang kenyataan dalam bentuk kritikan retorik.
Sebelum ini, Amerika Syarikat
(AS) dengan lantang mengkritik tindakan China termasuk langkah peluasan tentera
di Laut China Selatan dan amalan perdagangan yang tidak adil.
Bagaimanapun, ia gagal menyentuh
tentang isu Uighur.
Pada September lalu, pentadbiran
Presiden Donald Trump memaklumkan ia mempertimbangkan untuk mengenakan sekatan terhadap
pegawai kanan China dan syarikat yang dikaitkan secara meluas terhadap
pelanggaran hak asasi manusia.
Selepas empat bulan, tiada
tindakan diambil daripada perbincangan tersebut.
Penggubal undang-undang AS turut
memperkenalkan rang undang-undang menggesa pembebasan lebih juta etnik Uighur
pada November lalu dengan ahli Kongres parti Republikan, Chris Smith merujuk
pusat tahanan itu sebagai jenayah terhadap kemanusiaan.
Rang undang-undang itu
mencadangkan sekatan dikenakan ke atas individu yang didapati bertanggungjawab
terhadap pelanggaran tersebut selain memberi kuasa kepada Biro Siasatan
Persekutuan (FBI) untuk mengesan dan melaporkan gangguan China terhadap
penduduk Uighur di AS.
Selain itu, terdapat laporan
boleh dipercayai yang mendedahkan tahanan Uighur telah dijadikan sebagai buruh
paksa atau kos rendah dan produk dihasilkan mereka kini membanjiri pasaran
antarabangsa.
Jabatan Negara AS menerusi
laporan kepada Jawatankuasa Senat mendakwa pihak berkuasa China telah menahan
kira-kira 800,000 dan berkemungkinan lebih dua juta etnik Uighur, Khazak dan
minoriti Islam lain.
Pada Oktober, Parlimen Eropah
menerima pakai resolusi kecemasan berhubung pusat tahanan dan langkah penahanan
sewenang-wenangnya itu.
Para lelaki dewasa Uighur ditempatkan di kem khas – Foto Sinar Online
“Kesatuan Eropah (EU) tidak lagi
boleh meneruskan urusan dengan pendekatan biasa bersama China,” kata salah
sorang anggota Parlimen Eropah yang turut disokong ahli lain dan menyifatkan
situasi di Xinjiang sebagai pembersihan etnik dan pembunuhan budaya.
Resolusi akhir juga menggesa
Beijing menamatkan penahanan tersebut dan menutup kem tahanan itu selain
membebaskan mereka yang ditahan serta-merta tanpa syarat.
Tetapi, ia gagal untuk menetapkan
tentang agenda jelas dan garisan merah berhubung tindakan EU atau langkah
punitif yang bakal diambil jika Beijing gagal memulihkan keadaan itu.
Bukan hanya Eropah, negara lain
juga bimbang dengan impak terhadap ekonomi mereka jika mengkritik penindasan
Uighur.
Menerusi akhbar tabloid parti
Komunis, Global Times pada Julai lalu, ia melaporkan Beijing akan membantu
untuk menyediakan kestabilan ekonomi di Turki.
Namun, ia hanya akan diberikan
jika Ankara tidak mengecam dengan lantang dasar etnik di Xinjiang.
Negara majoriti Islam lain juga
mengambil pendekatan sama.
Sebagai contoh, Pertubuhan
Kerjasama Islam (OIC) mengambil masa sehingga akhir tahun lalu untuk
menzahirkan kebimbangan terhadap laporan penindasan ke atas orang Islam di
China yang merupakan rakan perdagangan utama 20 daripada 57 blok negara anggota
mereka.
Tindak balas negara Eropah
mengecewakan.
Jurucakap Kongres Uighur Sedunia,
Peter Irwin berkata, respons yang diberikan oleh negara Eropah sememangnya
mengecewakan walaupun mereka dengan lantang mengkritik di peringkat EU.
“Adalah penting untuk negara
terbabit bergabung bagi melancarkan konfrontasi terhadap Beijing dan EU dilihat
sebagai entiti sempurna untuk tindak balas seumpama itu,” ujarnya.
Mangsa yang terselamat mendakwa
mereka diseksa secara fizikal dan mental malah pihak berkuasa turut melarang
golongan itu menyimpan janggut selain memaksa mereka memakan daging khinzir dan
mengambil minuman alkohol yang dilarang agama Islam.
Beijing bagaimanapun menafikan
laporan itu sebagai berita palsu dan mendakwa kem tahanan itu kononnya sebuah
pusat pendidikan yang dihadiri secara sukarela serta diwujudkan untuk menangani
ekstremisme dalam kalangan komuniti Uighur.
Ancaman yang semakin meningkat
terhadap etnik itu menyebabkan puluhan ribu penduduk Uighur melarikan diri dari
wilayah Xinjiang sejak beberapa tahun lalu dan kebanyakan mereka cuba untuk
mendapatkan suaka di Barat.
Negara Eropah bagaimanapun
berbelah bahagi sama ada untuk menerima atau menghantar mereka pulang.
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.