Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

Saintis disiasat kerana ubah suai gen bayi

DUNIA

Saintis disiasat kerana ubah suai gen bayi

He Jiankui, saintis yang pernah mengejutkan komuniti saintifik kerana melakukan penyuntingan genetik bayi pertama di dunia.

BEIJING, CHINA – Seorang penyelidik yang mendakwa telah melakukan penyuntingan genetik bayi pertama di dunia bakal berdepan siasatan polis di China, menurut media tempatan pada Isnin.

Pengumumam saintis, He Jiankui pada tahun lalu tentang kejayaan beliau menyunting gen bayi kembar perempuan yang dilahirkan pada November lalu untuk mencegah mereka dijangkiti HIV pada masa depan mengejutkan komuniti saintifik.

Beliau memberitahu sebuah forum di Hong Kong terdapat ‘kehamilan berpotensi lain’ melibatkan pasangan kedua.

Siasatan kerajaan wilayah mengesahkan kewujudan wanita itu yang sedang hamil.

Susulan itu, pihak berkuasa telah mula bertindak dan bakal ibu serta bayi kembar daripada kehamilan pertama itu akan diletakkan di bawah pemerhatian perubatan.

Menurut laporan Sinar Harian yang memetik AFP, Jiankui didakwa memalsukan etika kertas kajian dan mengelakkan penyeliaan dengan sengaja.

“Beliau telah menubuhkan pasukan projek secara ‘rahsia’ termasuk staf asing dan menggunakan teknologi keselamatan dan keberkesanan tidak menentu untuk penyuntingan gen embrio manusia secara tidak sah,” jelas laporan Xinhua.


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Continue Reading
You may also like...
Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DUNIA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading