Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

Enggan khianati negara demi harta

DUNIA

Enggan khianati negara demi harta

Abdul Raouf al-Mohtaseb tetap dengan pendiriannya enggan menjual rumah dan tanahnya kepada penduduk Israel demi prinsip yang dipegangnya.

RAMALLAH, PALESTIN – Bukan semua orang boleh dibeli dengan harta dan kemewahan. Hasrat penduduk Israel yang mahu membeli rumah dan tanah seorang penduduk Palestin yang tinggal di Kota Hebron dengan tawaran berharga AS$100 juta (RM412 juta) gagal apabila pemiliknya menolak tawaran tersebut.

Abdul Raouf al-Mohtaseb berkeras enggan menjual kediaman dan tanahnya yang berhadapan Masjid Ibrahim di al-Sahla di Hebron walaupun telah berulang kali mendapat tawaran daripada pendatang Israel tersebut, menurut laporan Sinar Harian yang memetik Middle East Monitor .

“Saya rela menolak tawaran sebanyak itu. Tidak kisah berapa jumlah yang ditawarkan. Saya tidak akan mengkhianati negara sendiri atau penduduk Palestin,” tegasnya.

Difahamkan, al-Mohtaseb pernah ditawarkan wang AS$6 juta (RM25 juta) untuk mendapatkan rumah dan tanah miliknya.

Selepas tawaran pertama ditolak, dia kembali ditawarkan AS$40 juta (RM165 juta) dan AS$100 juta (RM412 juta).

Walaupun diberi tawaran tinggi, dia menegaskan tidak akan mengubah pendiriannya dan terus menjadi penjaga masjid tersebut.  


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DUNIA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading