Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

BEKAS PM PALESTIN AHMED QUREIA MENINGGAL DUNIA

DUNIA

BEKAS PM PALESTIN AHMED QUREIA MENINGGAL DUNIA

Bekas Perdana Menteri Palestin, Ahmed Qureia meninggal dunia pada usia 85 tahun, kata Presiden Palestin Mahmoud Abbas pada Rabu.

RAMALLAH, PALESTIN: Bekas Perdana Menteri Palestin, Ahmed Qureia meninggal dunia pada usia 85 tahun, kata Presiden Palestin Mahmoud Abbas pada Rabu.

Abbas menyampaikan ucapan takziah kepada rakyat Palestin sambil berkata Qureia mendedikasikan hidupnya mempertahankan perjuangan Palestin.

Abbas turut memuji Qureia atas sokongannya dalam mempromosikan pembentukan Negara Palestin termasuk sumbangan terhadap Pertubuhan Pembebasan Palestin, lapor Agensi Berita WAFA.

Qureia antara tokoh utama dalam Perjanjian Oslo dan beliau telah membela perjuangan rakyat Palestin di arena nasional dan antarabangsa, kata Abbas.

Jenazah pemimpin itu akan dikebumikan di bandar Ramallah, Tebing Barat pada Khamis.

Qureia, yang menyertai gerakan pembebasan nasional Palestin Fatah pada 1968, pernah berkhidmat sebagai perdana menteri antara 2003-2006.–AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DUNIA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading