Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

PRESIDEN COLOMBIA ARAH BUKA KEDUTAAN DI BANDAR RAMALLAH, PALESTIN

DUNIA

PRESIDEN COLOMBIA ARAH BUKA KEDUTAAN DI BANDAR RAMALLAH, PALESTIN

Pengumuman ini dibuat selepas kerajaan Petro menarik balik diplomatnya dari Israel dan memutuskan hubungan dengan negara haram itu pada 2 Mei, selepas menyifatkan tindakan Israel di Gaza sebagai “genosid.”

Gustavo Petro -foto AFP

BOGOTA: Presiden Colombia, Gustavo Petro telah mengarahkan pembukaan kedutaan di bandar Ramallah, Palestin, menurut Menteri Luar, Luis Gilberto Murillo pada Rabu, lapor Anadolu Agency (AA).

“Presiden Petro telah memberikan arahan untuk kami membuka kedutaan Colombia di Ramallah. Itu adalah langkah seterusnya yang akan kami ambil,” kata Murillo kepada pemberita.

Pengumuman ini dibuat selepas kerajaan Petro menarik balik diplomatnya dari Israel dan memutuskan hubungan dengan negara haram itu pada 2 Mei, selepas menyifatkan tindakan Israel di Gaza sebagai “genosid.”

Niat untuk membuka kedutaan di Palestin telah diumumkan oleh Petro pada 20 Okt tahun lepas, ketika beliau bertemu dengan Duta Israel, Gali Dagan dan Duta Palestin, Raouf Almalki.

Menurut Murillo, presiden juga mengetuai mesyuarat pemimpin di Saint Vincent dan Grenadines, yang mereka bersetuju untuk melaksanakan strategi supaya Palestin diiktiraf sebagai sebuah negara berdaulat di Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

“Kami yakin bahawa lebih banyak negara akan mengiktiraf Palestin dan ini bukanlah sesuatu yang menentang Israel atau Yahudi,” kata Menteri Luar Colombia itu.

“PBB bersetuju dalam konteks perjanjian Oslo bahawa penyelesaian dua negara akan diwujudkan dan jika dua negara diperlukan, Palestin perlu diiktiraf sebagai sebuah negara yang sah,” tambahnya.

Pengumuman ini dibuat pada hari yang sama apabila Sepanyol, Ireland dan Norway mengumumkan bahawa mereka akan bersama-sama mengiktiraf Negara Palestin pada 28 Mei. Colombia mengiktiraf Palestin sebagai sebuah negara pada 3 Ogos 2018, semasa pemerintahan Juan Manuel Santos. –AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DUNIA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading