Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

48,000 AYAM MATI DALAM KEBAKARAN LADANG PENTERNAKAN DI JITRA

DALAM NEGARA

48,000 AYAM MATI DALAM KEBAKARAN LADANG PENTERNAKAN DI JITRA

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Jitra, Penolong Kanan Penguasa Bomba Mohd Bustan Karudin berkata pihaknya menerima panggilan berhubung kebakaran itu pada 11.01 malam sebelum tiba dilokasi kejadian kira-kira 25 minit kemudian.

Sumber Gambar: Media Sosial

ALOR SETAR: Sebanyak 48,000 ekor ayam mati selepas ladang penternakan di Kampung Paya Muyud dekat Jitra musnah dalam kebakaran malam tadi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Jitra, Penolong Kanan Penguasa Bomba Mohd Bustan Karudin berkata pihaknya menerima panggilan berhubung kebakaran itu pada 11.01 malam sebelum tiba dilokasi kejadian kira-kira 25 minit kemudian.

“Seramai 26 anggota dari BBP Jitra, BBP Bukit Kayu Hitam dan BBP Alor Setar telah dikerahkan ke lokasi kejadian dan sebanyak lima Pasukan Bomba Sukarela (PBS) dari Bukit Pinang, Sebarang Nyonya, Pokok Sena, Jalan Kundur dan Kilang Tebu turut membantu.

“Kebakaran melibatkan ladang penternakan ayam jenis bangunan separa kekal dan kemusnahan hampir 80 peratus,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata pihaknya telah dimaklumkan bahawa ladang berkenaan mempunyai 50,000 ekor ayam. 

“Tindakan pemadaman menggunakan enam jentera telah dijalankan dan operasi terkawal kira-kira 12.46 pagi,” katanya. –AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading