ISRAEL GUNA PUSAT KESIHATAN UNRWA SEBAGAI TAPAK TAHANAN DI TEBING BARAT YANG DIDUDUKI
Dalam satu kenyataan, UNRWA berkata tentera Israel “menggunakan Pusat Kesihatan Kem Arroub UNRWA (berhampiran Bethlehem) sebagai tapak tahanan sementara semasa operasi mencari dan menangkap pada 12 Feb.”
ANKARA: Tentera Israel telah menjadikan sebuah pusat kesihatan untuk Agensi Bantuan dan Kerja Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian Palestin (UNRWA) di selatan Tebing Barat menjadi tapak tahanan yang melanggar undang-undang antarabangsa, lapor Anadolu Ajansi (AA), memetik kenyataan agensi itu pada Jumaat.
Dalam satu kenyataan, UNRWA berkata tentera Israel “menggunakan Pusat Kesihatan Kem Arroub UNRWA (berhampiran Bethlehem) sebagai tapak tahanan sementara semasa operasi mencari dan menangkap pada 12 Feb.”
Tentera Israel “secara paksa memasuki pusat kesihatan dan menggunakannya untuk penahanan dan soal siasat puluhan penduduk Palestin yang dikumpulkan di kem itu,” menurut agensi itu.
UNRWA menyatakan bahawa “ini adalah perkembangan baharu dalam penghinaan terang-terangan terhadap kekebalan kemudahan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang tidak boleh dilanggar,” sambil menambah bahawa “insiden ini mengikuti corak pencerobohan secara paksa ke atas premis UNRWA di Tebing Barat sejak Oktober 2023, yang dilakukan oleh pasukan keselamatan Israel dan kumpulan bersenjata Palestin.”
Agensi itu turut menegaskan bahawa “sejak 30 Jan dan pelaksanaan undang-undang Knesset (parlimen Israel), termasuk dasar larangan hubungan antara UNRWA dan pihak berkuasa Israel, agensi ini tidak lagi dapat berhubung dengan pegawai Israel secara langsung untuk melaporkan dan menguruskan kejadian seperti ini.”
“Semua premis PBB adalah kebal dan dilindungi di bawah undang-undang antarabangsa,” tegas UNRWA.
Pada Oktober lalu, parlimen Israel meluluskan dua undang-undang yang mengarahkan penamatan operasi UNRWA di Israel dan wilayah Palestin yang diduduki serta melarang sebarang hubungan antara pihak berkuasa Israel dengan agensi itu. Undang-undang berkenaan berkuat kuasa pada 30 Jan.
Insiden terbaru ini berlaku ketika tentera Israel melancarkan serangan besar-besaran di Jenin dan Tulkarem, utara Tebing Barat sejak 21 Jan, yang telah mengorbankan lebih 30 orang, menyebabkan ribuan penduduk kehilangan tempat tinggal, serta memusnahkan kawasan secara meluas.
Peningkatan keganasan Israel di Tebing Barat berlaku selepas perjanjian gencatan senjata dan pertukaran tahanan di Gaza pada 19 Jan, susulan lebih 15 bulan pengeboman yang telah meragut lebih 48,200 nyawa rakyat Palestin dan memusnahkan wilayah itu.
Sejak perang bermula pada 7 Okt 2023, tentera Israel dan peneroka haram telah membunuh sekurang-kurangnya 912 rakyat Palestin di seluruh Tebing Barat yang diduduki, menurut Kementerian Kesihatan Palestin.
Pada Julai 2024, Mahkamah Keadilan Antarabangsa mengisytiharkan bahawa pendudukan Israel ke atas tanah Palestin selama berdekad-dekad adalah tidak sah dan mengarahkan pengosongan semua penempatan sedia ada di Tebing Barat serta Baitulmaqdis Timur. –AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests