Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

HATI-HATI SUARA PANDANGAN, KEBEBASAN BERSUARA BUKAN TIKET HINA AGAMA LAIN

DALAM NEGARA

HATI-HATI SUARA PANDANGAN, KEBEBASAN BERSUARA BUKAN TIKET HINA AGAMA LAIN

Menteri Perpaduan Negara Datuk Aaron Ago Dagang yang menegaskan perkara itu berkata perbuatan menyebarkan berita palsu atau kenyataan bersifat provokatif mengenai agama boleh memburukkan keadaan dan mengundang ketegangan antara masyarakat di negara ini.

Menteri Perpaduan Negara Datuk Aaron Ago Dagang berucap pada Program Jejak Harmoni sempena Sambutan Minggu Keharmonian Antara Penganut Agama Sedunia Tahun 2025 di Masjid Al-Hidayah Sentul hari ini. –fotoBERNAMA

KUALA LUMPUR: Semua pihak diingatkan supaya berhati-hati dalam menyuarakan pandangan mengenai agama kerana kebebasan bersuara bukan alasan untuk menghina atau merendahkan  kepercayaan orang lain.

Menteri Perpaduan Negara Datuk Aaron Ago Dagang yang menegaskan perkara itu berkata perbuatan menyebarkan berita palsu atau kenyataan bersifat provokatif mengenai agama boleh memburukkan keadaan dan mengundang ketegangan antara masyarakat di negara ini.

“Sebagai sebuah negara yang kaya dengan kepelbagaian, kita tidak boleh menafikan bahawa perbezaan wujud dalam pelbagai aspek kehidupan.

“Namun, kita harus melihat perbezaan ini sebagai kekuatan dan bukannya kelemahan. Kepelbagaian ini tidak seharusnya menjadi jurang pemisah, sebaliknya menjadi asas kepada satu masyarakat yang inklusif serta saling menghormati,” katanya ketika merasmikan Program Jejak Harmoni Sempena Minggu Keharmonian Antara Penganut Agama Sedunia di sini hari ini.

Sehubungan itu, Aaron menyeru rakyat mengamalkan sikap matang dalam setiap perbincangan berkaitan agama dan kaum serta menggunakan kebebasan bersuara untuk membina keharmonian serta  perpaduan yang lebih kukuh.

“Media sosial menjadi platform utama dalam menyebarkan maklumat, dan penggunaannya haruslah dengan penuh tanggungjawab,” katanya.

Beliau berkata kerajaan sentiasa komited dalam memastikan perpaduan rakyat terus diperkukuh   menerusi pelbagai inisiatif dan dasar yang menggalakkan interaksi, keharmonian serta kesejahteraan bersama.

Aaron menyeru semua pihak, khususnya pertubuhan agama untuk turut mengambil bahagian dalam melaksanakan aktiviti berunsurkan keharmonian dengan menyebarkan mesej keharmonian bagi menyokong pencapaian matlamat Insiatif Harmoni MADANI ini. –AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading