Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

YAPEIM BERI RUMAH, SALUR BANTUAN RM316,000 UNTUK RAKYAT JOHOR

DALAM NEGARA

YAPEIM BERI RUMAH, SALUR BANTUAN RM316,000 UNTUK RAKYAT JOHOR

YAPEIM telah mengagihkan sumbangan RM150,000 dalam bentuk bantuan kewangan menerusi YAPEIM Didik; bantuan makanan, wang tunai dan bantuan masjid menerusi YAPEIM Prihatin; bantuan baik pulih premis perniagaan menerusi YAPEIM Niaga; serta sumbangan bagi majlis keraian dan kemasyarakatan setempat.

LABIS: Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YAPEIM) hari ini menyampaikan sumbangan berjumlah RM316,000 dalam Majlis Santuni MADANI YAPEIM di Dewan Serbaguna Majlis Daerah Labis, di sini hari ini.

Bantuan tersebut diberikan dalam bentuk Projek Pembangunan Komuniti YAPEIM (PPKY) Johor dan Program Sinar Lestari YAPEIM yang dirasmikan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Naim Mokhtar.

Katanya, YAPEIM telah mengagihkan sumbangan RM150,000 dalam bentuk bantuan kewangan menerusi YAPEIM Didik; bantuan makanan, wang tunai dan bantuan masjid menerusi YAPEIM Prihatin; bantuan baik pulih premis perniagaan menerusi YAPEIM Niaga; serta sumbangan bagi majlis keraian dan kemasyarakatan setempat.

“YAPEIM turut menyerahkan dua buah rumah kepada penerima manfaat kategori keluarga miskin eKasih menerusi Program Sinar Lestari YAPEIM masing-masing di Muar dan Kulai berjumlah RM166,000.

“Dua penerima manfaat berkenaan adalah Salasiah Paiman, 48, tukang cuci dari Kampung Sungai Alai, Muar dan Baharuddin Suandi, 55, penjaja makanan dari Kampung Ayer Manis, Kulai,” katanya semasa Majlis Perasmian Santuni MADANI YAPEIM, hari ini.

Dalam masa yang sama, YAPEIM turut mempertimbang bantuan tambahan iaitu pakej sokongan kelestarian perniagaan RM3,000 seorang bagi membantu penerima manfaat memperoleh pendapatan tambahan.

Katanya, YAPEIM akan mempertimbang untuk menyalurkan sumbangan pendidikan kepada anak-anak penerima manfaat sebagai usaha membantu anak-anak miskin cemerlang dalam pendidikan.

“Santuni MADANI dan PPKY ini sudah pasti tidak dapat dilaksanakan tanpa adanya penglibatan masyarakat yang sudi berinfaq melalui YAPEIM. Jutaan terima kasih saya ucapkan kepada penyumbang-penyumbang Tabung Amanah YAPEIM.

“Alhamdulillah, saya turut dimaklumkan melalui sumbangan kepada Tabung Amanah YAPEIM ini, ramai individu dan keluarga yang memerlukan telah berjaya dibantu melalui pelbagai program yang telah diwujudkan pihak YAPEIM.

“Saya juga berharap lebih ramai lagi yang berkemampuan akan mula memberi sumbangan secara berkala kepada Tabung Amanah YAPEIM seterusnya membolehkan YAPEIM menyalurkan sumbangan yang diterima kepada lebih ramai yang memerlukan,” katanya.—AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading