Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

8 MAUT, 10 CEDERA SERANGAN DI BAITULMAQDIS TIMUR

DUNIA

8 MAUT, 10 CEDERA SERANGAN DI BAITULMAQDIS TIMUR

BAITULMAQDIS: Sekurang-kurangnya lapan orang terbunuh manakala 10 lagi cedera dalam kejadian tembakan di sebuah penempatan di Baitulmaqdis Timur pada malam Jumaat, menurut Kementerian Luar Israel menerusi ciapan di Twitter.

Tentera Israel menahan seorang rakyat Palestin ketika pertembungan dengan penunjuk perasaan di Tebing Barat. — AFP

BAITULMAQDIS: Sekurang-kurangnya lapan orang terbunuh manakala 10 lagi cedera dalam kejadian tembakan di sebuah penempatan di Baitulmaqdis Timur pada malam Jumaat, menurut Kementerian Luar Israel menerusi ciapan di Twitter.

Menurut perkhidmatan kecemasan Israel, Magen David Adom berkata beberapa orang sedang dirawat kerana mengalami kecederaan serius manakala penyerang telah ditembak mati, lapor Xinhua.

Media Israel melaporkan bahawa serangan bermula di rumah ibadat sebelum merebak ke jalanan. 

Insiden itu berlaku beberapa jam selepas pejuang Palestin dari Semenanjung Gaza melancarkan roket ke Israel.

Ketegangan memuncak sejak tentera Israel membunuh sembilan rakyat Palestin, termasuk seorang wanita berusia 61 tahun dalam serbuan di kem pelarian Jenin di Tebing Barat yang diduduki pada Khamis. 

Israel mendakwa serbuan itu dilakukan untuk menggagalkan “skuad pengganas” yang merancang serangan terhadap Israel. — AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DUNIA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading