Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

9 BERANAK DIMINTA KELUAR RUMAH KERANA TAK MAMPU BAYAR SEWA DIBANTU

DALAM NEGARA

9 BERANAK DIMINTA KELUAR RUMAH KERANA TAK MAMPU BAYAR SEWA DIBANTU

MELAKA: Sembilan beranak yang sebelum ini kes mereka tular diminta untuk keluar dari rumah kerana gagal membayar sewa tertunggak selama 10 bulan mendapat perhatian pihak berkuasa.

MELAKA: Sembilan beranak yang sebelum ini kes mereka tular diminta untuk keluar dari rumah kerana gagal membayar sewa tertunggak selama 10 bulan mendapat perhatian pihak berkuasa.

Difahamkan, pergelutan hidup keluarga Siti Suryati Sani, 41 bermula selepas suaminya, Khirul Azlizam Mohamed@Mohamed Daud, 41, mengalami masalah jantung sejak Januari lalu dan meninggal dunia pada 26 Mei yang lalu.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar dan isteri bersama Yayasan Taqwa MAIWP semalam telah menziarahi dan menyantuni keluarga asnaf itu.

“Yayasan Taqwa MAIWP pada hari ini telah menyampaikan sumbangan berjumlah RM 10,000 dan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) menyumbangkan beras dan bekalan makanan kering bagi mengurangkan beban dan demi kelangsungan hidup keluarga ini,” kata Mohd Na’im.

Tambahnya Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) melalui skuad agihan zakat terlebih dahulu telah menyalurkan pelbagai skim bantuan zakat antaranya, bantuan makanan bulanan, bantuan persekolahan bagi anak-anak yang bersekolah dan bantuan sewa rumah.

Beliau dalam pada itu turut mendoakan keluarga tersebut sentiasa sabar dan teguh iman menghadapi ujian. – AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Mohammad Zaim Bin Nor Zamani, Ketua Unit Kandungan Digital TV AlHijrah.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading