Sebanyak dua letupan yang berlaku berhampiran dengan tanah perkuburan jeneral Iran Qassem Soleimani meragut nyawa sekurang-kurangnya 95 orang dan mencederakan lebih 210 yang lain pada Rabu, lapor media tempatan.
TEHRAN: Sebanyak dua letupan yang berlaku berhampiran dengan tanah perkuburan jeneral Iran Qassem Soleimani meragut nyawa sekurang-kurangnya 95 orang dan mencederakan lebih 210 yang lain pada Rabu, lapor media tempatan.
Letupan itu berlaku ketika orang ramai berkumpul di tanah perkuburan di bandar Kerman di tenggara Iran untuk memperingati ulang tahun keempat kematian Soleimani yang terbunuh dalam serangan dron Amerika Syarikat (AS).
Letupan pertama berlaku kira-kira 700 meter dari kubur Soleimani manakala letupan kedua dalam jarak satu kilometer dari kubur jeneral itu, Xinhua memetik Agensi Berita Iran (IRNA).
Timbalan gabenor wilayah Kerman bagi hal ehwal politik dan keselamatan, Rahman Jalali mendakwa letupan itu dilakukan oleh kumpulan pengganas, lapor IRNA.
Saluran berita Islamic Republic of Iran News Network berkata punca letupan masih disiasat dan pasukan penyelamat berada di tempat kejadian.
Kebanyakan mangsa yang cedera disebabkan oleh keadaan berasak-asak dan panik.
Kerajaan Iran telah mengisytiharkan Khamis sebagai hari berkabung negara.
Susulan insiden terbaharu itu, Pemimpin Tertinggi Iran Ali Khamenei berkata penyerang akan berdepan tindak balas yang keras Tehran.
Presiden Iran Ebrahim Raisi berkata: “Tidak diragui, pelaku dan pemimpin tindakan pengecut ini akan segera dikenal pasti dan dihukum.”
Pegawai AS, sementara itu menafikan sebarang andaian bahawa ia atau sekutunya Israel terlibat dalam letupan berkenaan.
“Amerika Syarikat tidak terlibat dengan cara apa pun. Dan andaian sebaliknya adalah tidak masuk akal. Dan kedua, kami tidak mempunyai sebab untuk mempercayai bahawa Israel terlibat dalam perkara ini,” kata jurucakap Jabatan Negara AS Matthew Miller kepada wartawan pada Rabu.
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Kesatuan Eropah (EU) dan beberapa negara termasuk Rusia, Turkiye dan Jerman mengutuk letupan itu.
Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh pejabat ketua PBB, Setiausaha Agung PBB Antonio Guterres mengutuk keras serangan itu dan menegaskan pihak bertanggungjawab mesti diheret ke muka pengadilan.
Dalam panggilan telefon dengan Menteri Luar Iran Hossein Amir-Abdollahian, ketua dasar luar EU Josep Borrell mengutuk sekeras-kerasnya serangan maut itu dan mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa serta kerajaan dan rakyat Iran selain mendoakan mangsa yang cedera pulih dengan cepat.
Menurut kenyataan Kremlin, Presiden Rusia Vladimir Putin telah menghantar mesej kepada Khamenei dan Raisi, menyatakan bahawa Rusia mengutuk sekeras-kerasnya keganasan dalam semua bentuk dan mengesahkan komitmen untuk memeranginya.
Presiden Turkiye Recep Tayyip Erdogan, dalam panggilan telefon dengan Raisi mengutuk letupan berkembar yang mensasarkan orang awam dan mengulangi gesaannya agar Iran bertindak bersama-sama dalam usaha memerangi keganasan.
Pejabat Erdogan berkata Raisi semasa panggilan telefon itu turut menyatakan untuk menangguhkan lawatannya ke Turkiye, yang dijadualkan pada Khamis, ke satu tarikh kemudian.
Perkara itu disahkan oleh timbalan ketua kakitangan presiden Iran untuk hal ehwal politik Mohammad Jamshidi.–AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked