Connect with us

ALHIJRAH NEWS

MALAYSIA UCAP TAKZIAH KEPADA IRAN, GESA DALANG DIHERET KE MUKA PENGADILAN – PM ANWAR

DUNIA

MALAYSIA UCAP TAKZIAH KEPADA IRAN, GESA DALANG DIHERET KE MUKA PENGADILAN – PM ANWAR

Malaysia mengucapkan takziah kepada Iran dan rakyatnya berikutan insiden pengeboman di Wilayah Kerman, bahagian tenggara negara itu yang meragut hampir seratus nyawa, semalam. 

KUALA LUMPUR: Malaysia mengucapkan takziah kepada Iran dan rakyatnya berikutan insiden pengeboman di Wilayah Kerman, bahagian tenggara negara itu yang meragut hampir seratus nyawa, semalam. 

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menerusi catatan di Facebook berkata Malaysia turut berdukacita dan bersolidariti atas insiden berkenaan yang telah mengakibatkan lebih 200 orang cedera.

“Malaysia membantah dan mengecam serta mengutuk tegas sebarang bentuk keganasan ke atas mereka yang tidak berdosa. 

“Sudah hampir tiga bulan dunia menyaksikan pembantaian Israel ke atas mereka yang tidak berdosa di Palestin dan yang terbaru di Lubnan dua hari yang lalu,” katanya. 

Menerusi catatan itu, Perdana Menteri berkata Malaysia juga menggesa agar dalang aksi ganas tersebut diheret ke muka pengadilan. 

Anwar berkata sempena tahun baharu, Malaysia ingin mengajak dunia untuk bersama-sama membantah budaya ganas dan rakus seterusnya menyelamatkan kemanusiaan sejagat. 

Menurut laporan media antarabangsa, dua siri letupan bom berlaku berhampiran makam Qasem Soleimani, jeneral tentera Iran yang terbunuh pada 2020.

Insiden itu dilaporkan berlaku ketika orang ramai berkumpul dalam sebuah majlis berhampiran makam berkenaan bagi memperingati ulang tahun keempat kematian Soleimani.–AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH NEWS

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DUNIA

To Top

Discover more from ALHIJRAH NEWS

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading