Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

TIADA LAPORAN RAKYAT MALAYSIA TERJEJAS DALAM PENGEBOMAN DI IRAN – WISMA PUTRA

DUNIA

TIADA LAPORAN RAKYAT MALAYSIA TERJEJAS DALAM PENGEBOMAN DI IRAN – WISMA PUTRA

Setakat ini tiada laporan rakyat Malaysia terjejas dalam tragedi pengeboman di Kerman Cemetary di bandar Kerman pada Rabu ( 3 Jan) yang mengorbankan sekurang-kurangnya 95 orang dan beratus-ratus lagi cedera, menurut kenyataan Kementerian Luar (Wisma Putra) pada Khamis.

Sumber Gambar: AFP

PUTRAJAYA: Setakat ini tiada laporan rakyat Malaysia terjejas dalam tragedi pengeboman di Kerman Cemetary di bandar Kerman pada Rabu ( 3 Jan) yang mengorbankan sekurang-kurangnya 95 orang dan beratus-ratus lagi cedera, menurut kenyataan Kementerian Luar (Wisma Putra) pada Khamis.

Menurut kenyataan itu, Kedutaan Malaysia di Tehran akan terus memantau perkembangan semasa dan sentiasa berhubung dengan pihak berkuasa tempatan untuk mendapatkan maklumat terkini.

“Rakyat Malaysia di Iran, khususnya yang berada di bandar Kerman dinasihatkan untuk mengikuti perkembangan semasa, mengambil langkah berjaga-jaga dan sentiasa mematuhi nasihat perjalanan oleh pihak berkuasa tempatan,” menurut Wisma Putra.

Kedutaan Malaysia di Tehran boleh dihubungi di No.25, 2nd Alley, North Zarafshan St, Shahrak-e-Gharb atau telefon (+98 21 880724444 atau +98 21 88078606) dan menerusi e-mel di mwtehran@kln.gov.my atau mwconsular.teh@gmail.com.

Menurut Wisma Putra, Malaysia mengecam sekeras-kerasnya pengeboman itu dan menolak sebarang tindakan ganas dan aktiviti keganasan sambil menggesa supaya mereka yang terlibat segera dibawa ke muka pengadilan.

“Malaysia menzahirkan ucapan takziah dan simpati kepada mangsa dan keluarga yang kehilangan insan tersayang dalam tragedi ini serta kepada kerajaan dan rakyat Iran. Malaysia turut mendoakan mereka yang cedera cepat sembuh,” menurut kenyataan itu.–AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DUNIA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading