KPKT TIDAK PERNAH KELUARKAN LESEN BERNIAGA KEPADA PENDATANG TANPA IZIN – NGA
Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) menegaskan tidak pernah mengeluarkan lesen kepada pendatang tanpa izin untuk menjalankan sebarang perniagaan seperti membuka gerai atau kedai.
BUKIT MERTAJAM: Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) menegaskan tidak pernah mengeluarkan lesen kepada pendatang tanpa izin untuk menjalankan sebarang perniagaan seperti membuka gerai atau kedai.
Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Nga Kor Ming berkata kerajaan sentiasa konsisten untuk menjaga keselamatan dan kesejahteraan masyarakat tempatan dan tindakan undang-undang sentiasa diambil terhadap warga asing yang melanggar peraturan.
“Tindakan undang-undang sentiasa dan sedang dilakukan bersama PBT (pihak berkuasa tempatan) dan tahun lepas kami telah melaksanakan sebanyak 1,539 operasi penguatkuasaan terhadap premis perniagaan yang melibatkan warga asing dan sebanyak 26,108 lesen peniaga telah dibatalkan atas sebab pelanggaran syarat-syarat lesen atau premis (oleh warga asing),” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Penyerahan Hadiah Pertandingan Reka Bentuk Pasar Awam Bukit Mertajam di sini hari ini.
Nga berkata demikian ketika mengulas berhubung lambakan gerai warga asing sehingga menjejaskan peniaga tempatan di banyak lokasi di seluruh negara yang turut menimbulkan kegusaran penduduk tempatan.
Beliau berkata KPKT juga bersedia dan akan memberi kerjasama bagi program turun padang bersama kementerian lain, sebagai usaha mengekang penularan perniagaan secara haram oleh warga asing.
“Apabila kita syaki ada pendatang tanpa izin salah guna premis ataupun salah guna lesen yang dikeluarkan oleh PBT, maka lesen tersebut akan dibatalkan serta-merta malah tindakan tegas turut dikenakan,” katanya.
Sementara itu, Nga berkata KPKT telah memperkenalkan pertandingan reka bentuk secara terbuka bagi pembinaan semula semua projek pasar awam yang berskala besar di seluruh negara.
Beliau berkata ia bagi memastikan pasar awam mempunyai ciri-ciri tersendiri yang istimewa, menarik dan juga berpotensi dibangunkan sebagai destinasi pelancongan dalam tempoh 10 tahun akan datang.
“Sukacita saya mengumumkan KPKT akan menyediakan RM110 juta dana khas untuk menaik taraf pasar awam di seluruh negara dan mulai hari ini mana-mana pembinaan semula pasar awam baru yang berskala besar seperti kompleks Pasar Bukit Mertajam akan menggunakan konsep pertandingan reka bentuk secara terbuka.
“Bayangkan 10 tahun akan datang Malaysia akan mempunyai pasar awam yang mempunyai ciri-ciri tersendiri yang istimewa, menarik dan juga berpotensi dibangunkan sebagai destinasi pelancongan malah hasil cetusan ilham dan idea itu juga penuh inovatif serta kreatif,” katanya.
Pasar Awam Bukit Mertajam telah dibina pada sekitar 1970an di atas tapak seluas 57,440 kaki persegi dan pada 4 Feb 2014 telah berlaku kebakaran di tingkat satu.–AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager