PENDAFTARAN PADU DI SELANGOR DAPAT SAMBUTAN, KIRA-KIRA 117,000 MENDAFTAR
Sistem Pangkalan Data Utama (PADU) yang dilancarkan minggu ini pada Selasa, mendapat sambutan menggalakkan rakyat Selangor dengan sekitar 117,000 pendaftaran setakat ini.
SHAH ALAM: Sistem Pangkalan Data Utama (PADU) yang dilancarkan minggu ini pada Selasa, mendapat sambutan menggalakkan rakyat Selangor dengan sekitar 117,000 pendaftaran setakat ini.
Pengarah Jabatan Perangkaan Selangor Hartini Yaacob berkata selain pendaftaran dalam talian, pihaknya turut membuka kaunter PADU untuk membantu mereka yang mengalami masalah tidak dapat mengakses platform tersebut atau gagal membuat pendaftaran dalam talian.
“Untuk seminggu pertama ini iaitu sehingga 8 Jan, kita beroperasi di 10 Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia (PEDi) dan Bangunan Darul Ehsan,” katanya ketika ditemui di Bangunan Darul Ehsan, hari ini.
Beliau berkata penyediaan kaunter itu diharap dapat menggalakkan lebih ramai orang selain memudahkan mereka mendaftar sistem itu.
Hartini berkata pihaknya akan bergerak ke lokasi lain dari semasa ke semasa dan mengikut perancangan, lebih 50 kaunter PADU bakal dibuka di 48 PEDi dan di sembilan Pusat Maklumat Rakyat di setiap daerah serta di Pusat Transformasi Bandar (UTC) Selangor, di sini, menjelang Mac.
Beliau berkata Jabatan Perangkaan menyasarkan seramai 4.9 juta penduduk berumur 18 tahun ke atas di negeri itu akan membuat pendaftaran di PADU menerusi pelbagai usaha yang direncana termasuk hebahan di media sosial dan kerjasama dengan agensi kerajaan lain.
Penjawat awam, Nur Fatin Ashikin Mad Ayob, 24, berkata pada awal pelancarannya, beliau tidak berjaya mengakses platform tersebut berkemungkinan kerana terlalu ramai melakukan perkara sama ketika itu.
“Tapi pada sebelah malam, saya cuba sekali lagi dan berjaya. Kira-kira dalam 10 minit saya telah selesai mengisi pendaftaran,” katanya.
Mohd Danish Ashrafy Mohd Kamal, 25, pula berkata walaupun boleh mendaftar menerusi telefon pintar, beliau memilih untuk ke kaunter yang dibuka di sini kerana ingin mengetahui lebih lanjut berhubung inisiatif baharu kerajaan itu.
“Kita pun tahu ini sistem baharu yang dikelolakan kerajaan, jadi kita sebagai rakyat perlu tahu mengenai pengisian maklumat dan apa data yang disimpan oleh kerajaan dan mekanisme yang digunakan kerajaan daripada data yang diperoleh seperti penyediaan subsidi dan bantuan kepada rakyat,” katanya.–AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked