Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

SYARIKAT BAWA PEKERJA ASING GAGAL SEDIAKAN PEKERJAAN DICADANG DIKOMPAUN SEHINGGA RM30,000

DALAM NEGARA

SYARIKAT BAWA PEKERJA ASING GAGAL SEDIAKAN PEKERJAAN DICADANG DIKOMPAUN SEHINGGA RM30,000

Datuk Seri Johari Abdul Ghani berkata jumlah kompaun yang dicadangkan itu setimpal dengan kesalahan yang dilakukan selain bagi menampung kos penghantaran pulang pekerja asing ke negara asal, yang sebelum ini ditanggung kerajaan.

Gambar hiasan –fotoBERNAMA

PUTRAJAYA: Mana-mana syarikat yang membawa masuk pekerja asing tetapi gagal menyediakan pekerjaan dicadangkan dikompaun sehingga RM30,000 bagi setiap pekerja.

Menteri Perladangan dan Komoditi Datuk Seri Johari Abdul Ghani yang mengemukakan cadangan itu dalam Mesyuarat Kabinet semalam berkata ini kerana isu berkenaan memberi impak terhadap semua sektor termasuk perladangan yang menghadapi masalah kekurangan sumber tenaga kerja.

Dalam sidang media selepas menghadiri Majlis Perhimpunan Kementerian Perladangan dan Komoditi di sini hari ini, Johari berkata jumlah kompaun yang dicadangkan itu setimpal dengan kesalahan yang dilakukan selain bagi menampung kos penghantaran pulang pekerja asing ke negara asal, yang sebelum ini ditanggung kerajaan.

“Kita kena pastikan syarikat ini didenda, barulah mereka tidak berani untuk bawa masuk pekerja asing kalau gagal sediakan pekerjaan. Ia memberi imej tidak baik kepada negara,” katanya.

Johari berkata beliau turut terpanggil untuk menyuarakan cadangan itu susulan laporan media pada 25 Dis lepas mengenai penahanan oleh polis sekumpulan 171 lelaki warga asing yang berjalan kaki beramai-ramai di Pengerang, Johor yang mahu ke Balai Polis Bayu Damai untuk membuat laporan polis kerana ejen pekerjaan tidak memberikan mereka pekerjaan. –AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading