MUAR: Pemandu bas yang memuat naik rakaman video murid sekolah rendah yang dibawanya dan merujuk kanak-kanak perempuan itu sebagai ‘crush‘ dan kesayangan, dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini.
Lelaki berumur 24 tahun itu mengaku tidak bersalah atas dua pertuduhan melakukan amang seksual terhadap dua kanak-kanak termasuk seorang anak saudara perempuannya.
Bagi pertuduhan pertama, dia didakwa melakukan amang seksual fizikal terhadap anak saudaranya yang berusia empat tahun di dalam sebuah bas sekolah di Simpang Renggam, Kluang, antara pukul 5 hingga 6 petang, April hingga bulan ini.
Dia didakwa mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 14 akta sama yang membawa hukuman penjara tidak lebih 20 tahun dan sebat, jika sabit kesalahan.
Pertuduhan kedua pula, lelaki bujang itu didakwa melakukan amang seksual bukan fizikal dengan memerhati murid perempuan berusia sembilan tahun secara berulang kali di lokasi dan tarikh sama.
Kesalahan itu didakwa mengikut Seksyen 15(a)(iii) Akta Kesalahan-kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 15 akta sama yang membawa hukuman penjara tidak lebih 10 tahun atau denda sehingga RM20,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Hakim Sayani Mohd Nor membenarkan tertuduh diikat jamin RM30,000 bagi kedua-dua pertuduhan dengan seorang penjamin serta melapor diri di balai polis berhampiran sebulan sekali dan tidak mengganggu kedua-dua mangsa serta saksi pendakwaan hingga kes selesai.
Mahkamah menetapkan 10 Okt untuk sebutan semula kes bagi serahan dokumen.
Pendakwaan dikendalikan Pengarah Pendakwaan Negeri Johor Abdul Ghafar Ab Latif manakala tertuduh diwakili peguam Umar Zulkarnain.
Khamis lepas seorang pengguna media sosial X berkongsi tangkap layar hantaran TikTok milik seorang pemandu bas sekolah yang merujuk seorang murid perempuan sebagai crush dan ‘kesayangan’.
Susulan itu Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Nancy Shukri mengarahkan pegawai Jabatan Pembangunan Kanak-Kanak (JPKK) untuk membuat laporan polis terhadap pemandu bas berkenaan.
Pada 6 Sept, polis menahan pemandu bas itu dan dia direman selama lima hari. — AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Jemaah Menteri baru-baru ini mempersetujui syor menempatkan anggota polis di stesen minyak untuk memperkasakan pemantauan dan penguatkuasaan berikutan peningkatan...
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked