Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

ABIM PUJI KEPUTUSAN ICJ BERHUBUNG ISU GENOSID DI GAZA, GESA GENCATAN SENJATA

DALAM NEGARA

ABIM PUJI KEPUTUSAN ICJ BERHUBUNG ISU GENOSID DI GAZA, GESA GENCATAN SENJATA

Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) menyambut baik dan memuji keputusan tegas Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) untuk menyediakan langkah-langkah sementara bagi menangani isu genosid yang sedang berlaku di Gaza, Palestin.

KUALA LUMPUR: Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) menyambut baik dan memuji keputusan tegas Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) untuk menyediakan langkah-langkah sementara bagi menangani isu genosid yang sedang berlaku di Gaza, Palestin.

Presiden ABIM Ahmad Fahmi Mohd Samsudin berkata tindakan tegas itu mencerminkan komitmen majoriti warga dunia terhadap keadilan, hak asasi manusia dan kemanusiaan.

Beliau berkata kesemua langkah ini adalah penting ke arah menoktahkan penderitaan di Gaza dengan serta-merta dan membuka laluan ke arah keamanan yang berkekalan di wilayah itu.

“ABIM seterusnya menekankan kepentingan kritikan semua pihak terutama Israel dan sekutu-sekutunya iaitu Amerika Syarikat, United Kingdom serta pihak-pihak lain yang memungkinkan perbuatan genosid, untuk mematuhi keputusan ICJ dan untuk Majlis Keselamatan memastikan pematuhan segera terhadap langkah-langkah sementara yang digariskan.

“Kita berharap keputusan ini akan menyumbang kepada masa depan yang lebih cerah dan selamat untuk penduduk Gaza, dan kami mengulangi gesaan agar gencatan senjata dilaksanakan serta-merta di Gaza,” menurutnya dalam kenyataan malam tadi.–AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading