Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

KEPUTUSAN ICJ BERPIHAK PALESTIN, TIDAK DESAK GENCATAN SENJATA

DUNIA

KEPUTUSAN ICJ BERPIHAK PALESTIN, TIDAK DESAK GENCATAN SENJATA

Penyokong pro-Palestin meraikan selepas menyaksikan Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) menyampaikan keputusannya berikutan perbicaraan kes terhadap Israel yang dibawa oleh Afrika Selatan di The Hague. -foto AFP

Berikut antara keputusan langkah kecemasan yang diambil Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) untuk menghentikan perang di Gaza. 

Ia selepas Afrika Selatan memfailkan tuduhan bahawa operasi ketenteraan Israel di Gaza adalah pembunuhan beramai-ramai.

Keputusan segera ini bertujuan untuk menghalang kesan yang lebih buruk terhadap rakyat Gaza ketika mahkamah meneliti keseluruhan kes, yang mungkin mengambil masa beberapa tahun.

-ICJ menyatakan mahkamah mempunyai bidang kuasa untuk membuat keputusan dalam kes diusulkan Afrika Selatan.

-ICJ mengarahkan Israel untuk mengambil langkah-langkah bagi mencegah tindakan genosid dan wajib membuat laporan dalam tempoh satu bulan.

-ICJ mengarahkan Israel mencegah dan menghukum pihak menggalakkan genosid di Gaza.

-ICJ menegaskan Israel perlu membenarkan bantuan kemanusiaan ke Gaza.

-ICJ arah Israel ambil lebih banyak tindakan untuk melindungi rakyat Gaza, namun tidak mengarahkannya untuk menghentikan operasi ketenteraan di Gaza.

–AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DUNIA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading