TERDAPAT BUKTI MENCUKUPI UNTUK ICC KELUAR WARAN TANGKAP KE ATAS PEGAWAI ISRAEL – PEGUAM PERANCIS
Pelbagai bukti telah dikemukakan kepada ICC termasuk dokumen yang memperincikan serangan tanpa henti tentera Israel ke atas orang awam di Gaza, sasaran yang disengajakan terhadap infrastruktur penjagaan kesihatan dan pemindahan hampir 2 juta orang.
THE HAGUE: Peguam Perancis Gilles Devers, yang terkenal kerana pembelaannya terhadap mangsa Palestin di Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC), berkata terdapat bukti kukuh untuk mewajarkan waran tangkap dikeluarkan ke atas pihak berkuasa negara haram Israel.
Devers yang diiringi pasukan peguamnya, bertemu di The Hague untuk berunding dengan Pejabat Pendakwa ICC dan Pejabat Mangsa, lapor Agensi Anadolu.
Bercakap kepada Agensi Anadolu, Devers berkata Pejabat Pendakwa mempunyai bukti yang mencukupi untuk mewajarkan waran tangkap dikeluarkan terhadap pegawai Israel, memetik syak wasangka yang munasabah yang disokong bukti kukuh.
Pelbagai bukti telah dikemukakan kepada ICC termasuk dokumen yang memperincikan serangan tanpa henti tentera Israel ke atas orang awam di Gaza, sasaran yang disengajakan terhadap infrastruktur penjagaan kesihatan dan pemindahan hampir 2 juta orang.
Devers menekankan mengenai penghujahan komprehensif mereka yang terdiri daripada 1,800 halaman, dengan rujukan khusus kepada laporan daripada agensi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).
Beliau menekankan mengenai penderitaan yang dialami orang awam yang dikepung oleh tentera Israel di Gaza, selain ancaman kebuluran.
Devers yang menunjukkan skala korban yang tidak pernah dilihat sebelum ini dalam konflik, turut mengecam kemusnahan sistem bekalan air dan elektrik yang penting selain keruntuhan maruah manusia.
Beliau berkata Israel melaksanakan taktik untuk mengosongkan Gaza menerusi serangan yang disengajakan ke atas orang awam, termasuk kanak-kanak, orang tua dan orang kurang upaya.
“Tidak pernah ada begitu banyak korban dalam mana-mana peperangan sebelum ini, satu-satunya peperangan yang saya lihat di mana kanak-kanak diserang. Ia telah menjadi tempat penggunaan senjata paling berat di kawasan bandar dan serangan dilakukan ke atas kanak-kanak, bayi baru lahir, orang tua, orang sakit dan kini turut melibatkan orang mati. Apabila tanah perkuburan dimusnahkan, mesejnya mudah: ‘Kamu tidak lagi boleh hidup di sini. Keluar!'”
Berdasarkan semua bukti ini, Devers mahu ICC mengambil langkah perlu, dengan berkata: “Kami menjangkakan keputusan tegas daripada pihak pendakwa.”
Angka kematian rakyat Palestin akibat serangan Israel di Semenanjung Gaza sejak 7 Okt lepas telah meningkat kepada 25,900, menurut Kementerian Kesihatan di wilayah yang dikepung, pada Khamis.
Kementerian itu dalam satu kenyataan berkata 64,110 yang lain cedera.
Menurut PBB, kira-kira 85 peratus daripada penduduk Gaza kehilangan tempat tinggal akibat serangan itu dan terputus bekalan makanan. Beratus ribu penduduk hidup tanpa tempat perlindungan, dan kurang daripada separuh trak bantuan memasuki wilayah itu berbanding sebelum konflik bermula.
Sementara itu, Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) akan mengumumkan keputusan yang ditunggu-tunggu pada Jumaat terhadap tuntutan Afrika Selatan untuk mendapatkan perintah sementara dalam kes genosidnya terhadap Israel. –AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests