Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

ICJ PERINTAH ISRAEL AMBIL TINDAKAN CEGAH TINDAKAN GENOSID DI GAZA

DUNIA

ICJ PERINTAH ISRAEL AMBIL TINDAKAN CEGAH TINDAKAN GENOSID DI GAZA

Mahkamah itu juga menuntut Israel melaporkan langkah yang akan diambil berhubung perintah itu dalam tempoh sebulan.

THE HAGUE: Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) di The Hague pada Jumaat mengarahkan Israel supaya mengambil semua langkah yang mungkin untuk mencegah tindakan pembunuhan beramai-ramai di Semenanjung Gaza.

Mahkamah itu juga menuntut Israel melaporkan langkah yang akan diambil berhubung perintah itu dalam tempoh sebulan, lapor agensi berita Xinhua.

Pada 29 Dis 2023, Afrika Selatan memfailkan permohonan kepada ICJ untuk prosiding terhadap Israel, berhubung dakwaan pelanggaran terhadap kewajipannya mengikut Konvensyen Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) mengenai Pencegahan dan Penghukuman Jenayah Genosid berkaitan penduduk Palestin di Semenanjung Gaza.–AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DUNIA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading