Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

BREK TAK MAKAN TURUN GUNUNG JERAI, EMPAT SEKELUARGA CEDERA

DALAM NEGARA

BREK TAK MAKAN TURUN GUNUNG JERAI, EMPAT SEKELUARGA CEDERA

Akibat brek tidak berfungsi, tiga sekeluarga cedera parah manakala seorang lagi cedera ringan selepas kereta yang dinaiki mereka terbabas dan melanggar tembok kedai di Gunung Jerai dekat Yan, semalam.

ALOR SETAR: Akibat brek tidak berfungsi, tiga sekeluarga cedera parah manakala seorang lagi cedera ringan selepas kereta yang dinaiki mereka terbabas dan melanggar tembok kedai di Gunung Jerai dekat Yan, semalam.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Guar Chempedak, Penolong Penguasa Bomba Mohd Fauzi Razali berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada 2.01 petang.

“Kemalangan melibatkan sebuah kereta jenis Perodua Viva yang telah terbabas dan melanggar tembok kedai di situ dan terdapat tiga mangsa yang tersepit iaitu dua lelaki berusia 31 dan 36 tahun serta seorang wanita berusia 67 tahun.

“Seorang lagi wanita berusia 42 tahun yang hanya mengalami kecederaan ringan telah berjaya dikeluarkan oleh orang awam,” katanya dalam satu kenyataan.

Beliau berkata dua mangsa telah dihantar ke Hospital Yan manakala dua lagi dihantar ke Hospital Sultan Abdul Halim, Sungai Petani dan operasi tamat sepenuhnya pada 3.01 petang.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Yan DSP Shahnaz Akhtar Haji yang mengesahkan kejadian itu berkata kereta itu dinaiki empat sekeluarga yang sedang menuruni Gunung Jerai.

“Setibanya berhampiran lokasi kejadian, pemandu cuba menekan brek untuk memperlahankan kereta tetapi keadaan brek yang kosong dan panas menyebabkan kereta gagal dikawal sebelum terbabas melanggar bangunan kedai makan di sebelah kiri jalan,” katanya.–AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading