AGONG MAHU RAKYAT SOKONG RANG UNDANG-UNDANG KAWALAN PRODUK TEMBAKAU
SHAH ALAM: Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menzahirkan rasa bangga terhadap usaha kerajaan dalam menjamin dan memelihara kesihatan generasi akan datang, menerusi pembentangan Rang Undang-Undang Kawalan Produk Tembakau dan Merokok 2022 di parlimen baru-baru ini.
Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah (tengah) berkenan menandatangani plak perasmian Institut Kesihatan Negara (NIH) di Setia Alam hari ini. – Bernama
SHAH ALAM: Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menzahirkan rasa bangga terhadap usaha kerajaan dalam menjamin dan memelihara kesihatan generasi akan datang, menerusi pembentangan Rang Undang-Undang Kawalan Produk Tembakau dan Merokok 2022 di parlimen baru-baru ini.
Al-Sultan Abdullah bertitah secara peribadi baginda merasakan perkara itu adalah satu usaha yang cukup murni, dan berharap seluruh rakyat Malaysia memberi sokongan dan dokongan supaya Rang Undang-undang itu dapat dikaji dan diteliti.
“Baru-baru ini saya begitu bangga setelah mendapat maklum daripada kerajaan khususnya Perdana Menteri (Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob), satu lagi Rang Undang-undang yang dibentang di parlimen berkaitan Rang Undang-undang (mengenai) kawalan tembakau dan rokok telah diputuskan untuk dikaji lebih mendalam,” titah baginda ketika merasmikan Kompleks Institut Kesihatan Negara (NIH) di Setia Alam hari ini.
Turut berangkat ke majlis itu Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah, dan majlis turut dihadiri Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin dan isteri Nori Abdullah.
Pada 2 Ogos lepas, Dewan Rakyat meluluskan usul supaya Rang Undang-Undang Kawalan Produk Tembakau dan Merokok 2022 yang meletakikan sasaran untuk melahirkan Generasi Penamat (GEG) bagi merokok menjelang tahun 2040, dirujuk ke Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen.
“Dari segi pelaksanaannya terpulang kepada pihak kerajaan untuk menentukan cara dan bila melaksanakannya. Jadi ini adalah satu usaha terbaik, bagi saya untuk menjaga kesihatan generasi akan datang lebih terpelihara dan terjamin, untuk mendapat satu tahap kesihatan yang lebih baik,” titah Seri Paduka.
Baginda bertitah anak-anak muda perlu dididik untuk mengamalkan amalan-amalan terbaik agar perkara yang boleh menjejaskan kesihatan dapat dikurangkan, dan paling penting dapat mengurangkan perbelanjaan kerajaan di hospital-hospital dalam negara.
Pada masa yang sama, baginda turut menzahirkan ucapan terima kasih kepada warga kerja Kementerian Kesihatan yang memberi perkhidmatan terbaik sewaktu negara memerangi COVID-19.
Al-Sultan Abdullah turut menzahirkan ucapan tahniah kepada Khairy atas pelantikan beliau sebagai Naib Presiden bagi Persidangan Kesihatan Sedunia (WHA) Ke-75 yang secara tidak langsung memberi pengiktirafan kepada beliau dan Malaysia.
Mengenai penubuhan Kompleks NIH, Yang di-Pertuan Agong bertitah ia merupakan satu lagi titik tolak penanda aras bagi masa hadapan untuk membawa soal-soal kesihatan ke tahap yang lebih baik demi kesejahteraan dan kesihatan rakyat. – AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager