Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

AGONG ZAHIR TAKZIAH KEPADA KELUARGA DUA JEMAAH HAJI MENINGGAL DUNIA

DALAM NEGARA

AGONG ZAHIR TAKZIAH KEPADA KELUARGA DUA JEMAAH HAJI MENINGGAL DUNIA

Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah hari ini menzahirkan ucapan takziah kepada seluruh keluarga dua jemaah Malaysia yang meninggal dunia semasa menunaikan ibadat haji di Makkah baru-baru ini.

KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah hari ini menzahirkan ucapan takziah kepada seluruh keluarga dua jemaah Malaysia yang meninggal dunia semasa menunaikan ibadat haji di Makkah baru-baru ini.

Jemaah haji tersebut ialah Mohd Nasir Mad Zin dan Che Siah Bakar.

Turut menzahirkan ucapan takziah ialah Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.

Menerusi hantaran di laman Facebook Istana Negara, Seri Paduka berdua turut menzahirkan rasa sedih dengan pemergian jemaah haji tersebut dan menzahirkan harapan agar seluruh keluarga mereka sabar serta tabah menghadapi dugaan dan suasana pilu itu.

“Seri Paduka Baginda berdua mendoakan agar roh-roh Allahyarham dan Allahyarhamah dicucuri rahmat oleh Allah SWT dan ditempatkan bersama mereka yang beriman dan beramal soleh,” menurut hantaran itu.

Jemaah haji negara mula berlepas pulang ke tanah air hari ini dan penerbangan akhir dijangka pada 31 Julai, melibatkan keseluruhan 98 penerbangan.–AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading