Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

KDN SERAH NAMA PEGAWAI JPN MINTA WANG DARI PEMOHON WARGANEGARA KEPADA SPRM

DALAM NEGARA

KDN SERAH NAMA PEGAWAI JPN MINTA WANG DARI PEMOHON WARGANEGARA KEPADA SPRM

Kementerian Dalam Negeri (KDN) akan menyerahkan nama seorang pegawai Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) yang dipercayai meminta sejumlah wang bagi meluluskan permohonan untuk mendapatkan kewarganegaraan Malaysia, kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk siasatan lanjut.

Sumber Gambar: BERNAMA

PUTRAJAYA: Kementerian Dalam Negeri (KDN) akan menyerahkan nama seorang pegawai Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) yang dipercayai meminta sejumlah wang bagi meluluskan permohonan untuk mendapatkan kewarganegaraan Malaysia, kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk siasatan lanjut.

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata beliau sendiri telah menerima aduan yang dibuat terus kepadanya berhubung dakwaan rasuah itu.

“Saya telah menghubungi Tan Sri Azam Baki  (Ketua Pesuruhjaya SPRM) untuk serahkan nama kepada SPRM bagi meneruskan siasatan,” katanya dalam sidang media di sini hari ini tanpa mendedahkan lebih lanjut butiran individu berkenaan.

Beliau berkata individu berkenaan dipercayai menghubungi pemohon dan meminta sejumlah wang yang banyak jika mahu mendapatkan dokumen kelulusan.

Katanya bagi urusan seperti kelulusan kewarganegaraan dan sijil lahir, ia sebenarnya tidak memerlukan sebarang pembayaran.

“Di JPN ada jawatankuasa yang akan membuat pertimbangan berdasarkan undang-undang dan pekeliling, dari mengesahkan kesahihan dokumen, ada merit dan seterusnya mensyorkan sama ada lulus atau tidak.

“Sebenarnya mereka hanya perlu datang mengutip dokuman kalau sudah diluluskan. Kalau ada pegawai yang menghubungi minta duit (bayaran) untuk tujuan kelulusan dan sebagainya, abaikan, sebab itu bukan amalan dalam tatakelola kerajaan sekarang,” tegasnya.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim sebelum ini dilaporkan berkata telah menerima maklumat ada unsur salah guna kuasa di JPN apabila proses untuk mendapatkan sijil warga negara dikenakan bayaran tertentu kepada mereka yang layak mendapat status kewarganegaraan.

JPN dalam kenyataan semalam pula berkata jabatan itu komited menangani rasuah dengan melaksanakan penambahbaikan prosedur pengeluaran dokumen pengenalan diri susulan kenyataan perdana menteri itu.–AlHijrah Onlien


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading