Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

MOF NAFI TAMBAHAN STR RM600

DALAM NEGARA

MOF NAFI TAMBAHAN STR RM600

STR Fasa 3 sudah disalurkan pada 26 Jun lalu dan tempoh permohonan rayuan juga dibuka mulai 3 hingga 31 Julai bagi memastikan program tersebut disasarkan kepada yang layak.

KUALA LUMPUR: Kementerian Kewangan (MOF) menafikan maklumat mengenai tambahan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) sebanyak RM600 yang tular di aplikasi Telegram.

MOF menerusi hantaran di Facebook memaklumkan STR Fasa 3 sudah disalurkan pada 26 Jun lalu dan tempoh permohonan rayuan juga dibuka mulai 3 hingga 31 Julai bagi memastikan program tersebut disasarkan kepada yang layak.

Pemohon boleh mengemukakan dokumen berkaitan untuk semakan semula oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM).

“Kementerian Kewangan ingin menegaskan maklumat mengenai tambahan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) sebanyak RM600 adalah palsu,” menurut kenyataan itu.

MOF turut menasihati orang ramai agar mengikuti saluran rasmi bagi mendapatkan maklumat sahih serta memastikan pautan berita adalah sah dan betul.–AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading