“Setiap hari, ayah terpaksa berulang alik beberapa kali sejauh 40 kilometer dari rumah di Kijal untuk menghantar saya serta adik-beradik yang lain ke sekolah dengan motosikal usang. Jika ada kelas tambahan, ayah terpaksa pula bergegas dari tempat kerja untuk memastikan kami tidak ketinggalan dalam pelajaran,”
Halimatus Sa’diyah Abdul Faal, 20, (tengah) dari Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Ismail, berkongsi kegembiraan bersama kedua ibu bapanya Abdul Faal Ibrahim, 53, dan Saleha Ashaari, 48, setelah memperoleh keputusan cemerlang dalam peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) 2021 hari ini. — fotoBERNAMA
CHUKAI: Kegigihan seorang anak buruh kasar yang mahu mengubah nasib keluarganya membuahkan hasil apabila meraih keputusan cemerlang dalam peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) 2021 yang diumumkan hari ini.
Halimatus Sa’diyah Abdul Faal, 20, dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sultan Ismail di sini berjaya memperoleh keputusan 4A dalam mata pelajaran Bahasa Melayu, Pengajian Am, Geografi dan Ekonomi dengan Purata Nilai Gred Kumulatif (PNGK) 4.0.
Menurut Halimatus Sa’diyah kejayaan diperoleh amat bermakna buat dirinya dan keluarga memandangkan bapanya Abdul Faal Ibrahim, 53, hanya bekerja sebagai buruh kasar dengan pendapatan tidak menentu manakala ibunya Saleha Ashaari, 48, pula berniaga makanan dan minuman secara kecil-kecilan di depan rumah bagi menampung kehidupan mereka 10 beradik.
“Kehidupan kami memang susah kerana ayah kerja tak menentu sedangkan kami 10 beradik semuanya masih bersekolah. Kadang-kadang belanja sekolah terpaksa dicatu.
“Malah setiap hari, ayah terpaksa berulang alik beberapa kali sejauh 40 kilometer dari rumah di Kijal untuk menghantar saya serta adik-beradik yang lain ke sekolah dengan motosikal usang. Jika ada kelas tambahan, ayah terpaksa pula bergegas dari tempat kerja untuk memastikan kami tidak ketinggalan dalam pelajaran,” katanya ketika ditemui pada Majlis Pengumuman Keputusan STPM 2021, di SMK Sultan Ismail di sini hari ini.
Bagaimanapun, kesusahan tersebut tidak menjadikannya lemah, malah anak sulung itu menjadikan ia sebagai motivasi untuk lebih bersungguh-sungguh dalam pelajaran demi mengubah nasib keluarga dan menjadi contoh yang baik kepada adik-adiknya.
“Semua kejayaan hari ini adalah hasil pengorbanan ibu bapa siang dan malam serta berkat bantuan guru serta rakan. Saya tidak lupa jasa mereka dan akan terus berusaha mengejar impian bergelar seorang guru,” katanya.
Sementara itu, seorang lagi pelajar cemerlang sekolah tersebut, Irene Ong Ching Shing, 21, berkata dia amat berterima kasih kepada ibu bapa, guru dan rakan yang banyak memberi motivasi dan membantunya dalam pelajaran.
Kata Irene, kejayaan tersebut sememangnya tidak dijangka kerana dia agak lemah dalam pelajaran dan pernah memasuki kelas peralihan sebelum dapat naik ke Tingkatan Satu.
“Guru-guru dan kawan-kawan banyak membantu terutama dalam subjek Bahasa Melayu yang paling sukar bagi saya. Kejayaan ini akan menjadi pembakar semangat untuk saya meneruskan cita-cita sebagai pemberita,” katanya yang berasal dari Kampung Binjai di sini.
Seperti Halimatus Sa’diyah, Irene turut memperoleh keputusan 4A dalam mata pelajaran Bahasa Melayu, Pengajian Am, Geografi dan Ekonomi dengan Purata Nilai Gred Kumulatif (PNGK) 4.0. –AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests