Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

ANAK GAJAH MELINTAS SECARA TIBA-TIBA SEBELUM DILANGGAR LORI – POLIS

DALAM NEGARA

ANAK GAJAH MELINTAS SECARA TIBA-TIBA SEBELUM DILANGGAR LORI – POLIS

“Sampai di lokasi kejadian, seekor anak gajah secara tiba-tiba keluar dari hutan sebelah kiri. Akibat pelanggaran itu, ibu gajah yang melihat kejadian bertindak menyerang lori dipercayai kerana marah dan cuba melindungi anaknya,” kata Ketua Polis Daerah Gerik Superintendan Zulkifli Mahmood dalam satu kenyataan hari ini.

IPOH: Anak gajah jantan yang ditemukan mati di Jalan Raya Timur-Barat (JRTB) Gerik-Jeli awal pagi tadi melintas jalan secara tiba-tiba sebelum dilanggar lori kontena yang membawa muatan ayam. 

Ketua Polis Daerah Gerik Superintendan Zulkifli Mahmood berkata pihaknya menerima panggilan berhubung insiden di Kilometer 80 JRTB itu pada 2.50 pagi. 

“Siasatan awal mendapati pemandu berusia 28 tahun itu pada mulanya melihat seekor gajah dewasa sedang makan rumput di bahu jalan sebelah kanan dan menyangka laluan itu selamat sebelum meneruskan perjalanan.

“Sampai di lokasi kejadian, seekor anak gajah secara tiba-tiba keluar dari hutan sebelah kiri. Akibat pelanggaran itu, ibu gajah yang melihat kejadian bertindak menyerang lori dipercayai kerana marah dan cuba melindungi anaknya,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Zulkifli menambah ibu kepada anak gajah itu bertindak agresif dengan menghentam bahagian hadapan lori berkenaan sehingga rosak.

“Bagaimanapun pemandu lori terbabit tidak mengalami sebarang kecederaan. 

“Polis telah menghubungi Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara Perak dan pasukan itu berjaya menenangkan gajah betina berkenaan dengan tembakan ubat pelali,” katanya. —AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading