Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

ANAK PEREMPUAN KPD LAHAD DATU DITEMUKAN MAUT DALAM KEADAAN BERLUMURAN DARAH 

DALAM NEGARA

ANAK PEREMPUAN KPD LAHAD DATU DITEMUKAN MAUT DALAM KEADAAN BERLUMURAN DARAH 

Anak perempuan Ketua Polis Daerah (KPD) Lahad Datu ACP Dzulbaharin Ismail berusia 14 tahun ditemukan meninggal dunia dalam keadaan berlumuran darah di sebuah bilik di rumahnya di Taman Tabanak, Lahad Datu, Sabah hari ini.

Gambar ARKIB. Sumber: BERNAMA

KUALA LUMPUR: Anak perempuan Ketua Polis Daerah (KPD) Lahad Datu ACP Dzulbaharin Ismail berusia 14 tahun ditemukan meninggal dunia dalam keadaan berlumuran darah di sebuah bilik di rumahnya di Taman Tabanak, Lahad Datu, Sabah hari ini.

Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain ketika dihubungi Bernama mengesahkan kejadian itu dan memaklumkan siasatan lanjut sedang dijalankan.

“Polis masih siasat bagaimana kejadian itu boleh berlaku. Kakak mangsa yang berusia 16 tahun merupakan satu-satunya individu yang menjumpai adiknya itu terbaring di dalam bilik selepas pulang dari sekolah.

“Bapa mangsa pula ketika kejadian berada di Kinabatangan atas urusan pindah rumah kerana baru berpindah (ke Lahad Datu) setelah dinaikkan pangkat,” katanya.

Dzulbaharin dilantik sebagai KPD Lahad Datu pada 1 April lepas.

Razarudin juga berkata proses bedah siasat akan dijalankan pada 9 pagi esok dan pihaknya sedang mengumpul semua saksi untuk dirakam keterangan.

“Orang ramai dinasihat untuk tidak membuat sebarang spekulasi selagi siasatan belum disiapkan,” katanya.–AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading