Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

ANGGOTA POLIS MAUT KEMALANGAN DI JAMBATAN PULAU PINANG

DALAM NEGARA

ANGGOTA POLIS MAUT KEMALANGAN DI JAMBATAN PULAU PINANG

Seorang anggota polis maut selepas motosikal yang ditungganginya terlibat kemalangan dengan sebuah kenderaan petugas Projek Penyelenggaraan Lebuh Raya Berhad (PROPEL) di Jambatan Pulau Pinang, di sini, tengah malam tadi.

BUTTERWORTH: Seorang anggota polis maut selepas motosikal yang ditungganginya terlibat kemalangan dengan sebuah kenderaan petugas Projek Penyelenggaraan Lebuh Raya Berhad (PROPEL) di Jambatan Pulau Pinang, di sini, tengah malam tadi.

Dalam kejadian pada 12.48 tengah malam itu, Koperal Abu Talib Sarif, 33, yang baru pulang daripada menjalankan Op Cantas di Seberang Perai Tengah (SPT) maut ditempatkan kejadian selepas mengalami kecederaan parah di beberapa bahagian badan.

Mayat telah dibawa ke Hospital Seberang Jaya untuk bedah siasat.

Menurut kenyataan di laman Facebook Polis Diraja Malaysia (PDRM) Pulau Pinang, Koperal Abu Talib bertugas di Bahagian Siasatan Khas (D9) Jabatan Siasatan Jenayah Kontijen Pulau Pinang.

“Seluruh warga PDRM Kontinjen Pulau Pinang menzahirkan ucapan takziah buat seluruh ahli keluarga Allahyarham Abu Talib dan mayatnya dijangka dikebumikan selepas solat Zohor di Sungai Petani, Kedah,” menurut kenyataan itu.–AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading