ANWAR SANTUNI MANGSA BANJIR, TANAH RUNTUH DI SABAH
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini meluangkan masa meninjau beberapa kawasan terjejas banjir dan tanah runtuh di Penampang dan Kota Kinabalu, Sabah, bagi menzahirkan keprihatinan terhadap nasib penduduk yang terkesan bencana itu.
PENAMPANG: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini meluangkan masa meninjau beberapa kawasan terjejas banjir dan tanah runtuh di Penampang dan Kota Kinabalu, Sabah, bagi menzahirkan keprihatinan terhadap nasib penduduk yang terkesan bencana itu.
Anwar yang diiringi Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor tiba di Country Heights di sini pada 2.55 petang dan menghabiskan kira-kira 30 minit meninjau lokasi kejadian tanah runtuh serta menyantuni penduduk di kawasan berkenaan.
Kejadian tanah runtuh pada Isnin lepas itu menyebabkan lebih 30 rumah dikosongkan sebagai langkah berjaga-jaga.
Perdana Menteri kemudian meneruskan lawatan ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) St. Paul Kolopis pada pukul 3.25 petang, disambut Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk Ewon Benedick yang juga Ahli Parlimen Penampang.
Beliau meluangkan kira-kira 15 minit bertanya khabar dan memberi kata semangat kepada mangsa yang ditempatkan di PPS itu, sebelum bergerak ke PPS Kampung Sarapung, di sini.
Anwar tiba di Kampung Sarapung pada 4 petang dan menghabiskan kira-kira 30 minit menyantuni penduduk selain mendengar taklimat mengenai kejadian tanah runtuh di kawasan itu.
Pada 12 Sept lepas, seorang lelaki warga emas berusia 97 tahun maut selepas tertimbus dalam kejadian tanah runtuh di kampung berkenaan.
Perdana Menteri turut meninjau lokasi tanah runtuh di Institut Pendidikan Guru (IPG) Kampus Gaya, Kota Kinabalu pada pukul 4.30 petang sebelum menghabiskan kira-kira 30 minit meneliti kesan kerosakan di kawasan terbabit.
Keprihatinan Anwar jelas terserlah apabila beliau sendiri bertanya mengenai keperluan dan kebajikan mangsa di setiap lokasi yang dilawatinya, selain mendengar keluhan mereka berhubung masalah kesihatan.
“Jangan bimbang, kita akan berusaha sedaya upaya bantu saudara dan saudari semua,” katanya kepada mangsa bencana yang ditemuinya.
Menurut Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sabah, setakat petang ini seramai 2,256 orang daripada 710 keluarga ditempatkan di PPS. Bencana tanah runtuh di negeri itu setakat ini meragut 13 nyawa manakala seorang mangsa maut akibat banjir.
Seorang mangsa, Frankie Dahing, 60, dari Kampung Kolopis melahirkan rasa syukur dan terharu dengan keprihatinan Perdana Menteri yang sanggup turun padang melawat mereka di PPS SMK St. Paul Kolopis.
“Kita sangat bersyukur dengan keprihatinan kerajaan khususnya Perdana Menteri yang datang sendiri menyampaikan bantuan yang dapat meringankan beban kami,” katanya yang berpindah ke PPS itu sejak Selasa lepas.
Bagi Lorina Giliti, 32, dari Kampung Kambazan, kehadiran Anwar memberi semangat buat mereka yang terkesan.
“Kami sangat berterima kasih atas semua bantuan yang diberikan dan lebih menggembirakan apabila Perdana Menteri sendiri datang melihat keadaan kami. Saya bersyukur kerana dapat bersalaman dengan beliau,” katanya yang bekerja sebagai petugas kebersihan.
Seorang lagi mangsa, Amber Isaac, 25, dari Kampung Sarapung berkata beliau terharu apabila Perdana Menteri sanggup menempuh kesukaran masuk ke kampung itu yang terjejas teruk akibat tanah runtuh.
“Kampung kami paling teruk dilanda tanah runtuh kali ini, jalan masuk pun terhalang sejauh tiga kilometer pada awalnya. Tetapi Perdana Menteri sanggup bersusah payah masuk ke kampung ini menziarahi kami. Pemimpin beginilah yang kami sayang,” katanya yang bekerja sebagai kerani di sebuah syarikat pembinaan.–AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.