ARWAH SEMPAT MASAK MI CELUP UNTUK KELUARGA – ABANG MANGSA KEMALANGAN BAS GERIK
Arwah sempat masak mi celup untuk kami semua satu keluarga makan semalam, demikian menurut abang seorang mangsa kemalangan membabitkan sebuah bas dan sebuah kenderaan di Jalan Raya Timur-Barat (JRTB) Banun, Gerik awal pagi tadi.
GERIK: Arwah sempat masak mi celup untuk kami semua satu keluarga makan semalam, demikian menurut abang seorang mangsa kemalangan membabitkan sebuah bas dan sebuah kenderaan di Jalan Raya Timur-Barat (JRTB) Banun, Gerik awal pagi tadi.
Wan Muhammad Sham Wan Muhammad, 31, merupakan abang kepada pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) Wan Nur Suhaila, 22, yang maut dalam kemalangan tersebut.
Wan Muhammad Sham berkata adiknya itu seorang yang ceria dan peramah, tidak menunjukkan sebarang perubahan sikap.
“Adik balik ke kampung (sempena Aidiladha) dan kali ini kesemua sembilan beradik balik beraya di kampung. Adik masak mi celup untuk kami semua makan sebelum dia pulang semua ke Tanjung Malim,” katanya ditemui pemberita di Unit Forensik Hospital Gerik di sini hari ini.
Wan Muhammad Sham berkata beliau menerima berita mengenai kemalangan itu kira-kira 3.30 pagi tadi daripada ibunya dan segera ke Hospital Gerik bersama ahli keluarga yang lain.
“Semasa menerima berita kemalangan itu kami tidak tahu lagi keadaan mangsa, apabila sampai di sini (hospital) baru dapat tahu adik sudah meninggal dunia,” katanya.
Wan Muhammad Sham berkata Allahyarham merupakan anak keenam dari sembilan beradik merupakan pelajar semester keempat jurusan Sastera di UPSI.
Sementara itu, seorang mangsa yang cedera Nur Irdina Huri, 22, mendakwa bas yang dinaiki mereka berbau hangit dan bergerak laju dan terhuyung-hayang, semasa menuruni jalan yang berbukit di lokasi kejadian.
“Semasa kejadian saya tidak tidur, tetapi (kemalangan) itu berlaku dengan cepat sangat. Saya keluar dari bas ikut lubang kecil yang ada dan tidak dapat bantu rakan-rakan yang lain meminta tolong, sebab keadaan di lokasi sangat gelap,” katanya yang merupakan pelajar jurusan Pendidikan Awal Kanak-kanak di UPSI.
Nur Irdina berkata beliau mengalami kecederaan di pinggang selain kakinya turut terseliuh.
Terdahulu, Pusat Kawalan Operasi Daerah (PKOD) Angkatan Pertahanan Awam (APM) Hulu Perak dalam kenyataan memaklumkan, sekurang-kurangnya 15 maut dalam kemalangan melibatkan sebuah bas yang membawa pelajar UPSI dan sebuah kenderaan di JRTB Banun, Gerik awal pagi tadi.
PKOD APM Hulu Perak memaklumkan pihaknya menerima panggilan berhubung insiden itu daripada Hospital Gerik pada 1.10 pagi tadi.–AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked