KEMALANGAN DI GERIK: SIASATAN AWAL DAPATI BAS TERLANGGAR BELAKANG KENDERAAN ALZA – POLIS
Siasatan awal polis mendapati, kemalangan yang mengorbankan 15 penuntut Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) di Tanjung Malim berpunca apabila bas yang dinaiki mereka terlanggar bahagian belakang kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Alza, sebelum terbalik.
GERIK: Siasatan awal polis mendapati, kemalangan yang mengorbankan 15 penuntut Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) di Tanjung Malim berpunca apabila bas yang dinaiki mereka terlanggar bahagian belakang kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Alza, sebelum terbalik.
Ketua Polis Perak Datuk Noor Hisam Nordin berkata bas berkenaan membawa 42 pelajar terdiri daripada lapan pelajar lelaki dan 32 pelajar perempuan, berusia antara 21 hingga 23 tahun, kesemuanya dari Pantai Timur.
Beliau berkata bas yang didaftarkan di Kedah itu, disewa khas oleh kesemua pelajar terlibat dan bertolak dari Jertih, Terengganu pada 9 malam tadi untuk pulang ke kampus di Tanjung Malim, Perak sebelum terlibat dalam kemalangan di KM53, Jalan Raya Timur-Barat (JRTB), berhampiran Tasik Banding, Gerik.
“Kemalangan ini telah menyebabkan 15 kematian dan kesemua jenazah masih menunggu proses bedah siasat. Sebanyak 13 jenazah dihantar ke Hospital Raja Perempuan Bainun, manakala dua jenazah lagi di Hospital Gerik.
“Seramai 27 lagi pelajar iaitu 23 perempuan dan empat lelaki turut mengalami kecederaan. Pemandu bas itu yang berusia 40 tahun dan pembantunya berusia 54 tahun juga cedera dalam kemalangan itu,” katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Perak di sini hari ini.
Beliau berkata selain itu turut cedera pemandu dan penumpang kenderaan Alza berkenaan iaitu sepasang suami isteri berusia berusia 37 dan 36 tahun serta dua anak mereka, seorang perempuan dan seorang lelaki yang berusia enam dan tiga tahun.
“Pasangan suami isteri dan anak mereka dihantar ke Hospital Baling, Kedah untuk mendapat rawatan, manakala yang lain (cedera) dihantar ke Hospital Gerik, Hospital Raja Permaisuri Bainun, Hospital Baling, dan Hospital Taiping untuk mendapatkan rawatan lanjut,” katanya.
Noor Hisam berkata proses bedah siasat dijangka akan mengambil masa berikutan jumlah mangsa yang ramai.
Beliau bagaimanapun tidak dapat memberikan indentiti kesemua mangsa yang terlibat termasuk 15 yang meninggal dunia, kerana proses bedah siasat masih berjalan.
Noor Hisam berkata polis sedang menjalankan siasatan secara terperinci termasuk dari aspek teknikal, kecuaian manusia, mahupun rekod kesalahan lampau.
Siasatan dilakukan dengan turut mendapatkan bantuan daripada agensi yang berkaitan iaitu Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (Puspakom) dan Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (Miros).
“Keadaan kawasan kemalangan adalah berliku dan menurun (bukit). Jadi kita akan siasat semua kemungkinan termasuk aspek teknikal. Jalan di kawasan itu juga gelap dan tidak mempunyai lampu kecuali kawasan berhampiran Tasik Banding, jadi masih terlalu awal untuk membuat sebarang keputusan.
“Pemandu bas ini juga cedera di tangan dan kita masih belum dapat merakamkan percakapannya,” katanya.
Beliau berkata kes ini disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.–AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked