Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

19 VAN JENAZAH DIHANTAR KE PERAK, BAWA PULANG JENAZAH PELAJAR UPSI

DALAM NEGARA

19 VAN JENAZAH DIHANTAR KE PERAK, BAWA PULANG JENAZAH PELAJAR UPSI

Sebanyak 19 buah van jenazah dihantar ke Perak bagi urusan membawa pulang jenazah pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) yang terlibat dalam kemalangan di Jalan Raya Timur-Barat (JRTB) berhampiran Tasik Banding, Gerik, awal pagi tadi.

JERTIH: Sebanyak 19 buah van jenazah dihantar ke Perak bagi urusan membawa pulang jenazah pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) yang terlibat dalam kemalangan di Jalan Raya Timur-Barat (JRTB) berhampiran Tasik Banding, Gerik, awal pagi tadi.

Pengerusi Pertubuhan Amal Komuniti Besut (Amal Besut) Terengganu Mohd Azizul Azli Mohd Sani berkata enam daripada van jenzah itu, milik Amal Besut dan sebuah lagi Amal Setiu.

“Selebihnya daripada masjid-masjid di daerah Besut, Pejabat Penyelaras Dun Kuala Besut dan beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di Pasir Putih, Kelantan,” katanya ditemui di pekarangan Masjid Hadhari di sini hari ini.

Mohd Azizul Azli berkata sebanyak 46 sukarelawan turut serta dalam konvoi berkenaan, termasuk 16 jurumandi jenazah dari Besut, bagi urusan memandikan jenazah sebelum dibawa pulang.

Beliau berkata pihak Amal Besut turut membawa kelengkapan pengurusan jenazah seperti kain kapan secukupnya.

“Semua perkhidmatan pengurusan dan membawa pulang jenazah mangsa yang terlibat dalam kemalangan bas membawa pelajar UPSI dan sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) Perodua Alza itu adalah percuma, ditanggung oleh Amal Besut,” katanya.

Sementara itu Ketua Polis Daerah Besut Supt Azamuddin Ahmad ketika ditemui berkata pihaknya menyediakan sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) dari Ibu Pejabat Polis (IPD) Besut, bagi mengiring perjalanan pergi dan pulang konvoi van jenazah tersebut bagi memastikan perjalanan lancar.–AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading