Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

HAFIZAH AL-QURAN ANTARA 15 PELAJAR UPSI MAUT DALAM NAHAS DI GERIK

DALAM NEGARA

HAFIZAH AL-QURAN ANTARA 15 PELAJAR UPSI MAUT DALAM NAHAS DI GERIK

Salah seorang penuntut Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) yang terkorban dalam nahas bas di Gerik, Perak, awal pagi tadi, merupakan seorang hafizah 30 juzuk Al-Quran.

BESUT: Salah seorang penuntut Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) yang terkorban dalam nahas bas di Gerik, Perak, awal pagi tadi, merupakan seorang hafizah 30 juzuk Al-Quran.

Nurly Sahirah Azman, 23, antara 15 pelajar UPSI yang meninggal dunia dalam tragedi di Jalan Raya Timur-Barat (JRTB) berhampiran Tasik Banding, hari ini.

Menurut abang sulung Allahyarhamah, Mohd Farid Firdaus Azman, 35, adiknya bercita-cita mahu menjadi guru pendidikan khas dan dijadualkan menjalani latihan praktikal bermula Ogos depan.

“Arwah simpan cita-citanya sejak kecil untuk jadi pendidik dan kami sekeluarga amat terkejut dengan tragedi ini.

“Walaupun Nurly merupakan harapan keluarga, kami sekeluarga reda dengan takdir yang menimpa,” katanya seperti dilapor media tempatan.

Difahamkan Nurly Sahirah merupakan bekas pelajar SM Imtiaz Besut, dan Allahyarhamah sering mengamalkan bacaan Al-Quran setiap malam sejak kecil.

Setakat ini, identiti kesemua 15 pelajar UPSI yang maut masih belum disahkan polis dan proses bedah siasat sedang dijalankan.

Bedah siasat 13 jenazah pelajar UPSI di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) Ipoh dan dua lagi di Hospital Gerik dijangka siap 12 tengah malam ini.—AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading