Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

ATLET ANGKAT BERAT SUKMA MENINGGAL DUNIA

DALAM NEGARA

ATLET ANGKAT BERAT SUKMA MENINGGAL DUNIA

Atlet angkat berat Sukan Malaysia (SUKMA) Terengganu Siti Noralyaa Mat Marzuki, 25, meninggal dunia akibat penyakit kanser payudara semalam.

Allahyarham yang pernah memenangi pingat gangsa kategori 71 kilogram pada SUKMA 2022 menghembuskan nafas terakhir di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) kira-kira 7.40 malam di sisi ahli keluarganya.

Sumber: FB MSN Terengganu

KUALA TERENGGANU: Atlet angkat berat Sukan Malaysia (SUKMA) Terengganu Siti Noralyaa Mat Marzuki, 25, meninggal dunia akibat penyakit kanser payudara semalam.

Allahyarham yang pernah memenangi pingat gangsa kategori 71 kilogram pada SUKMA 2022 menghembuskan nafas terakhir di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) kira-kira 7.40 malam di sisi ahli keluarganya.

Mat Marzuki Mat Jusoh, 51, berkata anak perempuan sulungnya itu terlantar dan dirawat di hospital berkenaan sejak Jun lepas setelah disahkan menghidap kanser payudara peringkat empat.

“Arwah menderita penyakit ini sejak Januari lepas tetapi dia merahsiakan penderitaannya kerana tidak mahu menyusahkan keluarga.

“Nor Alyaa selamat dikebumikan kira-kira 11 pagi tadi di Tanah Perkuburan Felda Kampung Belara,” katanya ketika dihubungi.–AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading