Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

BAKAR AL-QURAN: IRAQ KELUARKAN WARAN TANGKAP TERHADAP SALWAN MOMIKA

DUNIA

BAKAR AL-QURAN: IRAQ KELUARKAN WARAN TANGKAP TERHADAP SALWAN MOMIKA

KAHIRAH: Pejabat pendakwa raya Iraq telah mengeluarkan waran tangkap menerusi Pertubuhan Polis Jenayah Antarabangsa (Interpol) terhadap Salwan Momika, seorang pelarian warga Iraq berusia 37 tahun, yang bertindak membakar Al-Quran di Sweden, Stockholm pada akhir Jun, Sputnik memetik laporan penyiar Iraq Al Sumaria Khamis.

Salwan Momika seorang pelarian warga Iraq berusia 37 tahun, yang bertindak membakar Al-Quran di Sweden. – AFP

KAHIRAH: Pejabat pendakwa raya Iraq telah mengeluarkan waran tangkap menerusi Pertubuhan Polis Jenayah Antarabangsa (Interpol) terhadap Salwan Momika, seorang pelarian warga Iraq berusia 37 tahun, yang bertindak membakar Al-Quran di Sweden, Stockholm pada akhir Jun, Sputnik memetik laporan penyiar Iraq Al Sumaria Khamis.

Pejabat pendakwa raya telah menghantar maklumat dan waran tangkap khas untuk Momika dan meminta Interpol memaklumkan Baghdad sekiranya dia berjaya diberkas.

Pada 28 Jun, protes berlaku di perkarangan masjid Stockholm, di mana al-Quran dibakar. Polis Sweden membenarkan demonstrasi itu.

Insiden membakar al-Quran di Stockholm telah mencetuskan kecaman di seluruh dunia. Iraq telah menyeru pihak berkuasa Sweden untuk menghantar pulang individu yang bertanggungjawab atas kejadian itu. Ramai ketua negara, termasuk setiausaha agung Liga Arab dan ketua Majlis Kerjasama Teluk, telah mengecam perbuatan itu.

Demonstrasi serupa berlaku di Sweden pada Januari apabila ahli politik sayap kanan Denmark Rasmus Paludan membakar kitab suci umat Islam di hadapan kedutaan Turkiye. — AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DUNIA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading