AYOB KHAN, ISTERI SELAMAT TIBA DARI TANAH SUCI

Foto FB Polis Diraja Malaysia

KUALA LUMPUR: Timbalan Ketua Polis Negara (KPN) Datuk Seri Ayob Khan Mydin Pitchay dan isteri Datin Seri Zalena Mohd Ariffin selamat kembali ke tanah air selepas selesai mengerjakan ibadah haji.

Menurut catatan Facebook Polis Diraja Malaysia (PDRM) Ayob Khan dan isteri tiba di di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) kira-kira 5.20 petang semalam.

Ketibaan beliau disambut dengan bacaan doa yang dipimpin Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Komersil, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) KLIA, ASP Mohd Shah Rizan Samsudin. 

Turut hadir, Timbalan Pengarah Cawangan Khas II Bukit Aman, Datuk Abdul Aziz Abdul Majid, Timbalan Ketua Polis IPD KLIA, Superintendan Nawi Yunus, para pegawai kanan PDRM serta ahli keluarga Timbalan KPN. — AlHijrah Online

Leave a Reply