BEKAS PEMAIN BOLA SEPAK DITAHAN TERLIBAT KES SAMUN

Media Sosial

PONTIAN: Seorang bekas pemain bola sepak tempatan yang pernah menyarung jersi beberapa pasukan utama Liga Super ditahan selepas terlibat dalam kes pecah rumah dalam kejadian di Benut pada isnin lalu.

Menurut laporan berita yang memetik sumber suspek berusia 33 tahun telah diberkas selepas melakukan jenayah pecah rumah sehingga menyebabkan mangsa mengalami kerugian puluhan ribu ringgit.

Lelaki berkenaan diberkas polis selepas dilihat berada dalam keadaan mencurigakan.

“Apabila polis cuba menahannya, suspek yang enggan memberikan kerjasama cuba bertindak agresif menyebabkan berlaku sedikit pergelutan.

“Hasil siasatan, suspek mengaku melakukan aktiviti pecah rumah sebelum dia bersama seorang lagi rakannya menunjukkan lokasi di mana hasil rompakan disimpan,” katanya

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Pontian, Deputi Superintenden Abdul Hamid Abd Rahman mengesahkan kejadian dan memaklumkan kes terbabit dalam siasatan.

Bekas pemain bola sepak itu bersama rakannya di tahan mengikut Seksyen 547 Kanun Keseksaan.—AlHijrah Online

Leave a Reply