SHAH ALAM – Balu kepada Allahyarham Mejar Mohd Zahir Armaya membuat
pendirian tidak mahu polis membuka semula siasatan kematian suaminya.
Namun, Nour Shafinar Harun, 31, berkata, adalah di luar kawalannya
sekiranya ada pihak lain yang ingin membuka siasatan kes berkenaan.
“Sekali lagi saya tegaskan di sini saya tidak akan bertindak untuk membuka kertas siasatan berhubung kes ini.
“Sebagai seorang Islam yang percaya kepada Rukun Iman yang ke-6 (Percaya Kepada Qada dan Qadar) dan percaya setiap yang berlaku itu ada hikmahnya.
“Sekiranya ada pihak lain yang ingin membuka kes atau apa-apa tindakan undang-undang terhadap Angkatan Tentera Malaysia (ATM) itu adalah di luar kawalan saya,” katanya melalui kenyataan kepada Sinar Harian hari ini.
Semalam, bapa Mejar Mohd Zahir iaitu pelakon serta pelawak veteran,
AR Badul dan ahli keluarganya tidak berpuas hati dengan kronologi
sebenar kematian anaknya itu serta mahu inkues dijalankan bagi mencari
punca kematian pegawai komando tersebut.
AR Badul atau nama sebenarnya Armaya Aman Ramlie, 70, menyifatkan
penjelasan diberikan Tentera Darat Malaysia (TDM) berhubung siasatan
kematian anaknya terlalu ringkas dan tidak menyeluruh.
Mengulas lanjut, Nour Shafinar berkata, beliau menerima berita
kehilangan suaminya dan akur dengan qada dan qadar yang telah ditentukan
ALLAH SWT.
“Saya telah menerima keputusan dari pihak tertinggi ATM mengenai kes yang melibatkan kematian suami saya.
“Seperti mana orang ramai yang sedia maklum, kematian suami saya
tiada kaitan dengan unsur khianat dan dendam. Saya selaku balu
Allahyarham sendiri akur dengan qada dan qadar yang telah ditentukan
ALLAH SWT,” katanya.
Nour Shafinar juga memaklumkan beliau dengan hati terbuka menerima
keputusan dari pihak tertinggi ATM memutuskan bahawa kematian suaminya
adalah kes terpencil dan merupakan kemalangan dalam latihan.
“Saya dan pihak keluarga saya reda dengan pemergian Allahyarham sebagai Perwira Negara yang sedang menjalankan tugas,” katanya.
Mejar Mohd Zahir maut dalam insiden ketika membuat aksi gimik pada
Pelancaran Divisyen Kelima Infantri Malaysia dan Briged Ke-13 Infantri
Malaysia di Kem Lok Kawi, Sabah, awal bulan ini.
Mejar Mohd Zahir adalah Pegawai Tentera Pasukan 11 Rejimen Gerak Khas merupakan penembak tepat, meninggalkan seorang balu bersama lima orang anak berumur antara enam bulan dan 10 tahun. – SINAR HARIAN
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager