KUALA TERENGGANU – Penggabungan Universiti Sultan Zainal Abidin (Unisza)
dengan Universiti Malaysia Terengganu (UMT) bakal memperlihatkan sinergi
kepakaran kedua-dua institusi berkenaan, yang bakal memberi manfaat kepada
penuntut serta masyarakat.
Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi, Datuk Dr. Hamisah Tapsir berkata, UMT
ketika ini memiliki kepakaran dalam sains dan teknologi terutamanya sains
marin, manakala Unisza pula banyak bertumpu kepada keilmuan agama Islam.
Apabila kedua fokus itu bergerak seiring di bawah satu pentadbiran
ianya bukan sahaja dapat memperkasakan kepakaran malah kualiti perkhidmatan
dapat ditingkatkan serta menjadi nilai tambah buat mahasiswa, fakulti dan
komuniti setempat.
Penggabungan kedua universiti ini juga diharapkan dapat melonjakkan
lagi prestasi dan nama institusi pengajian tinggi baharu yang bakal ditubuhkan
ini ke peringkat lebih tinggi di dalam dan luar negara.
“Jadi dengan penggabungan ini kita melihat akan adanya bidang-bidang transdisciplinary yang mana pengajian Islam yang digabungkan dengan sains dan teknologi, katalah syariah sahaja tapi mungkin (digabungkan) syariah dengan perakaunan atau dengan teknologi maklumat, atau yang mana mungkin. Unisza sendiri juga sudah mula untuk menuju ke arah itu,” katanya selepas menghadiri Bengkel Penyelarasan Penggabungan UMT dan Unisza di Primula Beach Hotel, Kuala Terengganu.
Menurut Hamisah lagi, dalam proses penggabungan itu, jumlah keseluruhan fakulti dijangka berkurang memandangkan ada di antara pusat pengajian di UMT dan Unisza yang seakan serupa dan berkait antara satu sama lain.
Turut hadir ke bengkel itu, Naib Canselor UMT, Prof Datuk Dr. Nor Aieni
Mokhtar dan Naib Canselor Unisza, Profesor Datuk Dr. Hassan Basri Awang Mat Dahan.
Bengkel dua hari bermula semalam itu bertujuan mengumpul input, isu,
cabaran dan aspirasi dapatan yang inklusif bagi memenuhi keperluan gabungan
kedua-dua universiti ini.
Sementara itu, Hamisah berkata, pihaknya akan mengadakan lebih banyak
sesi dialog dan libat urus bersama mahasiswa, pertubuhan bukan kerajaan (NGO)
dan staf kedua universiti terbabit bagi mendapatkan pandangan mereka.
Kementerian terbuka mendengar cadangan yang boleh membantu
merealisasikan gabungan ini demi kecemerlangan pendidikan, penyelidikan serta
sumbangannya kepada masyarakat dan negara, katanya lagi.
Related
Discover more from ALHIJRAH NEWS
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager