BANDUAN KHATAM AL-QURAN 10 KALI, BERUBAH DI SEBALIK TIRAI BESI
“Apa yang boleh saya nasihatkan ialah berhati-hati memilih rakan, selain ibu bapa perlu memberi asas didikan agama yang baik kepada anak-anak bagi membolehkan mereka membezakan perbuatan baik dan buruk,”
KLUANG: Seorang banduan di Penjara Simpang Renggam di sini menganggap akhlaknya telah berubah 180 darjah, daripada individu yang jauh dari landasan agama kepada insan yang mahu memperbaiki jalan hidup.
Lebih membanggakan, banduan yang dikenali sebagai Din, 62, telah 10 kali khatam membaca al-Quran sepanjang 25 tahun berada di sebalik tirai besi setelah melakukan kesalahan di bawah Seksyen 4 Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1971.
Menurutnya, atas kesalahan itu hukuman yang dikenakan terhadapnya ialah penjara dengan Tahanan Limpah Sultan (TLS) serta enam sebatan, dan hanya pengampunan diraja membolehkan dirinya dibebaskan.
“Masa muda dahulu, saya seorang yang agresif dan panas baran, suka menurut kata hati, namun kini hati saya agak tenang selain merasai nikmat melakukan ibadah termasuk membaca al-Quran serta terjemahannya hampir setiap hari, perkara yang saya tidak pernah lakukan sebelum ini.
“Apa yang boleh saya nasihatkan ialah berhati-hati memilih rakan, selain ibu bapa perlu memberi asas didikan agama yang baik kepada anak-anak bagi membolehkan mereka membezakan perbuatan baik dan buruk,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di Penjara Simpang Renggam hari ini.
Terdahulu, Penjara Simpang Renggam mengadakan Program Jalinan Kasih Peringkat Penghuni Penjara yang disempurnakan oleh Pengarah Penjara Simpang Renggam TKP Abdul Kadir Jailani Ismail.
Sementara itu, seorang lagi banduan yang turut menjalani hukuman penjara TLS, dikenali sebagai Lee, 30, mengakui ada penyesalan dalam dirinya setelah tersalah memilih rakan sehingga mengakibatkan dirinya dipenjara sejak 2008.
Katanya, niat asalnya hanyalah untuk membantu rakan yang menjadi ‘along’ dengan menangkap seorang individu yang mempunyai tunggakan hutang, namun individu terbabit telah meninggal dunia ketika dalam jagaannya.
“Selepas itu, saya ditahan dan dijatuhkan hukuman ini sehingga mendapat pengampunan kelak. Perkara yang paling sedih dalam diri saya apabila ibu sering bertanya waktu sebenar saya diampunkan, saya sendiri juga tidak mengetahuinya,” katanya.
Sementara itu, Abdul Kadir Jailani berkata pada program berkenaan, seramai 35 banduan termasuk mereka yang menjalani hukuman TLS berpeluang bertemu kira-kira 300 ahli keluarga mereka bagi mengeratkan hubungan.
“Dengan adanya program seperti ini, banduan akan dapat bertemu dengan keluarga masing-masing bagi melepaskan kerinduan sekali gus ahli keluarga mereka dapat memberi semangat dan sokongan kepada banduan,” katanya.–AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked