Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

BANGKAI PENYU AGAR DITEMUKAN TERDAMPAR DI PANTAI SEBERANG TAKIR

DALAM NEGARA

BANGKAI PENYU AGAR DITEMUKAN TERDAMPAR DI PANTAI SEBERANG TAKIR

Adnan Ali, 50, kakitangan Majlis Bandaraya Kuala Terengganu berkata beliau sedang menjalankan aktiviti mengutip sampah sebelum ternampak objek besar berwarna hitam dihanyutkan ombak ke tepi pantai.

Seekor penyu Agar dianggarkan seberat 60 kilogram ditemukan mati terdampar di Pantai Seberang Takir. Berdasarkan keadaan bangkai dan bau, penyu tersebut sudah mati lebih seminggu dan kemungkinan besar terkena pukat tunda. — fotoBERNAMA

KUALA NERUS: Satu bangkai penyu agar dianggarkan seberat 60 kilogram ditemukan terdampar di Pantai Seberang Takir, di sini pagi tadi.

Bangkai penyu yang hampir reput itu dijumpai seorang peserta Program Pembersihan Pantai Monsun Terengganu 2024 pada 8.30 pagi.

Adnan Ali, 50, kakitangan Majlis Bandaraya Kuala Terengganu berkata beliau sedang menjalankan aktiviti mengutip sampah sebelum ternampak objek besar berwarna hitam dihanyutkan ombak ke tepi pantai.

“Selepas diteliti saya dapati objek terbabit ialah bangkai penyu agar dengan cengkerang terbelah, kaki dan perut yang mula mereput.

“Berdasarkan keadaan bangkai dan bau, saya percaya penyu itu sudah mati lebih seminggu dan kemungkinan besar terkena pukat tunda,” katanya ketika ditemui di pantai itu.

Adnan berkata beliau telah melaporkan perkara berkenaan kepada Jabatan Perikanan Malaysia untuk tindakan lanjut. –AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading