Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

SELANGOR SEMAK SEMULA GARIS PANDUAN PENGANJURAN KONSERT – EXCO

DALAM NEGARA

SELANGOR SEMAK SEMULA GARIS PANDUAN PENGANJURAN KONSERT – EXCO

Semalam, Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan dilaporkan berkata polis menangguhkan sementara kebenaran permit untuk penganjuran konsert di negeri itu sehingga siasatan kes kematian empat individu selepas menghadiri Konsert Pinkfish di Bandar Sunway, Subang Jaya selesai dijalankan.

KUALA SELANGOR: Kerajaan Negeri Selangor akan menyemak semula garis panduan pelaksanaan konsert di negeri berkenaan bagi mengelakkan kejadian kematian berkaitan penyalahgunaan dadah berulang. 

Exco Belia, Sukan dan Keusahawanan negeri Mohd Najwan Halimi berkata pihaknya memandang serius kejadian itu dan perbincangan akan diadakan bersama Exco Kerajaan Tempatan dan Pelancongan Selangor Datuk Ng Suee Lim bagi tujuan itu. 

“Kita sememangnya agak kesal dengan apa yang berlaku yang melibatkan kematian baru-baru ini. Bagaimanapun, kita yakin pihak berkuasa telah menjalankan siasatan dan mengambil keputusan sewajarnya untuk menangguhkan konsert yang telah dirancang. 

“Kita nak elakkan supaya kejadian ini tidak berlaku lagi pada masa akan datang dan saya setuju kita semak semula dari segi garis panduan atau pelaksanaan sesuatu konsert itu nanti,” katanya ketika ditemui selepas merasmikan Karnival Jelajah Belia MADANI Selangor 2024 Siri 3 di Pantai Remis, Jeram di sini hari ini. 

Semalam, Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan dilaporkan berkata polis menangguhkan sementara kebenaran permit untuk penganjuran konsert di negeri itu sehingga siasatan kes kematian empat individu selepas menghadiri Konsert Pinkfish di Bandar Sunway, Subang Jaya selesai dijalankan.

Arahan serta-merta itu berkuat kuasa sehingga pihaknya yakin penganjur dapat memberikan jaminan mereka boleh mengawal perjalanan konsert terutamanya menghalang elemen jenayah, seperti pengedaran dadah di konsert terbabit.

Dalam masa sama, Mohd Najwan turut berharap agar para penganjur konsert melihat semula kaedah keberkesanan pelaksanaan penganjuran dengan teliti terutamanya yang membabitkan kemasukan atau penggunaan bahan terlarang. 

“Maksudnya dari segi prosedur itu, kalau diikutkan agak jelas garis panduannya, tetapi kadang-kadang ada perkara di luar kawalan penganjur dan pihak berkuasa.

“Ia seharusnya menjadi antara sebab kita lihat semula dan dari segi tahap penguatkuasaan terutamanya pengambilan dan penggunaan bahan terlarang perlu diambil tindakan tegas kepada mereka,” katanya. –AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading