Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

BUAT AKSI ‘WHEELIE’ MOTOR, PASANGAN REMAJA DITAHAN

DALAM NEGARA

BUAT AKSI ‘WHEELIE’ MOTOR, PASANGAN REMAJA DITAHAN

Polis menahan pasangan kekasih dipercayai terlibat dalam video tular memaparkan mereka menunggang motosikal dengan aksi ‘wheelie’ di Jalan Chendor Kuantan menghala ke Kemaman.

KUANTAN: Polis menahan pasangan kekasih dipercayai terlibat dalam video tular memaparkan mereka menunggang motosikal dengan aksi ‘wheelie’ di Jalan Chendor Kuantan menghala ke Kemaman.

Kedua-dua remaja berusia masing-masing 17 tahun itu ditahan polis di hadapan rumah lelaki terbabit di Kampung Balok, di sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Kuantan ACP Wan Mohd Zahari Wan Busu berkata, kedua-dua suspek ditahan anggotanya dengan mengesan alamat lengkap pemilik kenderaan dan penunggang motosikal terbabit antara 11.30 pagi hingga 2.30 petang.

“Kita bertindak atas maklumat berkait video tular pada semalam (Ahad) di media sosial twitter “(mynewshub)”.

“Rakaman video tersebut telah menunjukkan aksi seorang penunggang lelaki bersama pembonceng perempuan menaiki sebuah motosikal jenis Honda EX5 warna putih melakukan aksi mengangkat tayar hadapan ‘wheelie’ di jalan Chendor Kuantan menghala ke Kemaman.

“Kita semua tahu aksi aksi tersebut membahayakan diri sendiri dan pengguna jalan raya lain,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Kedua-dua suspek dibawa ke Balai Polis Trafik Kuantan dan disiasat di bawah Seksyen 42 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.—AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading