Ahli Parlimen Kinabatangan Datuk Seri Bung Moktar Radin yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) Sabah kini sedang dirawat di sebuah hospital swasta di Kota Kinabalu.
KOTA KINABALU: Ahli Parlimen Kinabatangan Datuk Seri Bung Moktar Radin yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) Sabah kini sedang dirawat di sebuah hospital swasta di sini.
Perkara itu disahkan anaknya Naim Kurniawan Moktar bagaimanapun beliau enggan mengulas lanjut mengenai punca bapanya dirawat.
Beliau memohon semua pihak supaya mendoakan kesihatan Ahli Dewan Undangan Negeri Lamag itu.
Dalam perkongsian di Facebook, Naim Kurniawan berkata selaku wakil keluarga, beliau menyampaikan setinggi-tinggi terima kasih kepada seluruh imam di Lamag yang telah mengadakan solat hajat serta memohon doa kepada Allah SWT demi kesihatan bapanya.
“Doa dan keprihatinan para imam amat kami hargai dan menjadi sumber kekuatan kami sekeluarga. Semoga Allah SWT memberkati segala usaha dan mengurniakan ganjaran yang berlipat ganda kepada tuan-tuan,” katanya.
Sementara itu, Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor dalam kenyataan ringkas mendoakan supaya Bung Moktar diberikan kesembuhan segera serta dipermudahkan segala urusan rawatan beliau.
“Semoga Allah SWT mengurniakan kekuatan, ketabahan dan perlindungan kepada beliau serta seluruh ahli keluarga dalam menghadapi ujian ini. Sesungguhnya setiap dugaan ada hikmahnya, insya-Allah, mudah-mudahan beliau segera pulih dan kembali seperti sediakala,” katanya.
Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Sabah Datuk Seri Rahman Dahlan dalam kenyataan ringkasnya turut mendoakan Bung Moktar mendapat kesembuhan segera.
Sementara itu, tinjauan Bernama mendapati para pemimpin parti politik dan rakan-rakan Bung Moktar berkumpul di pekarangan hospital.
Antara yang kelihatan Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah Datuk Jafry Ariffin yang juga Setiausaha UMNO Sabah serta Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kawang Datuk Seri Ghulam Haidar Khan Bahadar dan ADUN Tempasuk Datuk Mohd Arsad Bistari daripada Gabungan Rakyat Sabah (GRS).
Mereka ketika ditemui selepas melawat Bung Moktar bagaimanapun enggan mengulas mengenai situasi tersebut dan hanya memohon orang ramai mendoakan kesihatan pemimpin Umno Sabah itu.
Dalam pada itu, media sosial dibanjiri ucapan orang ramai yang mendoakan kesihatan Bung Moktar.
Ketua Penerangan Parti Warisan Datuk Mohd Azis Jamman mendoakan supaya Bung Moktar disembuhkan segera dan kuat dalam mendapatkan rawatan penyakitnya itu.
Naib Presiden Parti Gagasan Rakyat Sabah Datuk Masiung Banah berkata biarpun berbeza fahaman politik, mereka tetap sebahagian daripada rakan yang amat akrab bersama.
“Semoga beliau dianugerahkan kesihatan abadi. Doa kami turut mengiringi anggota keluarga beliau semoga dikurniakan ketenangan dan ketabahan dengan ujian Tuhan,” katanya yang juga ADUN Kuamut.–AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked