Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

DUA KANAK-KANAK HILANG DIHANYUTKAN AIR LONGKANG

DALAM NEGARA

DUA KANAK-KANAK HILANG DIHANYUTKAN AIR LONGKANG

Dua orang kanak-kanak dilaporkan hilang selepas hanyut dibawa air semasa mengambil bola dalam longkang, di Taman Prima Saujana, di Kajang, petang tadi. 

KAJANG: Dua orang kanak-kanak dilaporkan hilang selepas hanyut dibawa air semasa mengambil bola dalam longkang, di Taman Prima Saujana, di sini petang tadi. 

ARTIKEL BERKAITAN – HILANG DIHANYUT AIR LONGKANG: ADIK MENINGGAL DUNIA DI HOSPITAL, ABANG MASIH HILANG 
ARTIKEL BERKAITAN – DUA BERADIK LEMAS: MAYAT ABANG DITEMUI PADA HARI KETIGA SAR

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Selangor Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian kira-kira jam 6:32 petang tadi. 

Katanya, terdapat dua orang kanak-kanak masing-masing berusia 12 dan 14 tahun telah hanyut dibawa air semasa sedang mengambil bola di dalam longkang.

“Ketika ini, kerja-kerja mencari dan menyelamat (SAR) sedang dilakukan di kawasan longkang utama,” katanya dalam satu kenyataan hari ini. 

Ahmad Mukhlis berkata, operasi SAR itu dijalankan oleh enam orang anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kajang.–AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

2 Comments

2 Comments

  1. Pingback: HILANG DIHANYUT AIR LONGKANG: ADIK MENINGGAL DUNIA DI HOSPITAL, ABANG MASIH HILANG  – ALHIJRAH ONLINE

  2. Pingback: DUA BERADIK LEMAS: MAYAT ABANG DITEMUI PADA HARI KETIGA SAR – ALHIJRAH ONLINE

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading